Sunday, March 29, 2020

MALAYSIA STAY AT HOME #DUDUKRUMAH


STAY HOME. STAY SAFE. LET'S BREAK THE CHAIN. 

Ini cabaran baru untuk tahun 2020 ni. Tahun 2020 yang tidak pernah kita bayangkan. Tahun ini tahun yang paling perit untuk semua. Tidak hanya kita di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Di saat angka kematian akibat Covid-19 telah lebih 25,000 orang di seluruh dunia, penawar atau vaksin untuk virus ini belum lagi ditemui. 

Susah hati. Semua susah hati. Baik orang susah, homeless, penjawat awam, menteri-menteri mahupun kerabat diraja, semua dibayangi ketakutan, resah memikirkan bagaimanakan bentuk masa hadapan selepas berakhir Covid-19 ni. 

Stay at home memang sukar. Tetapi itu sahaja jalan yang dapat melindungi kita daripada dijangkiti penyakit ini. Allah yang Maha Melindungi, Lindungilah kami semua. Sesungguhnya kami lemah dan tiada berdaya. Allahuakbar. 


MALAYSIA MOVEMENT CONTROL ORDER (18 MARCH 2020 - 14 APRIL 2020)



Hi there, just to make the history recorded. I would like to keep it here. To save the date that due to the new Millenium Virus, Coronavirus - Covid-19, Malaysia has reinforced the Movement Control Order. The virus, it has started at the end of 2019 and the spread is very quick and wide all over the world. The world knows, this virus started from Wuhan, China and keep spreading to many countries including Malaysia. 

Some are badly infected and thousands have died from the virus. Before the end of March, more than 25,000 people died from this virus with Italy climbing the highest rank far leaving the origin victims from China. It's super devastating. The global economy has turned down and everyone on the planet earth knows about the virus and understand how deadly it can be. Some government still considering the best step to take to confront the virus. From the poor and homeless people to the minister even the royal family members, no one will have the exception of getting exposed to the virus. 

The only solution to keep the virus from spreading is to take all the precautions. Most importantly to wash hand as frequent as possible. Wear a face mask and keep the social distance for at least 1 metre from another person. The virus has no cure. Nothing has been found until the date.

My message to everyone, please stay at home. Please. Please. Please. Let's stop the chain from spreading. We can do this! and let's do this.

FL.
Malaysia fight Covid-19.

Thursday, January 16, 2020

Gerbang Laut, Labuan Malaysia - Year 2020

Ni antara port menarik dekat Labuan bagi yang suka kan keindahan alam, yang suka pantai, suka bunyi deruan air dan embark yang menghempas pantai, boleh la try ke tempat ni. Warga tempatan panggil tempat ni sebagai Gedung Ubat ataupun Chimney. This should be in your list whenever you visit Labuan!

Kita layan gambar dululah.


So pretty!


To get this view, you need to start trekking at around 6am because the water level is low and of course you need bright sunshine too! :) 



Nindia, pintu gerbang menghadap laut ataupun disebut juga gerbang laut. Kombinasi warna laut, langit, pasir pantai dan hijau-hijau tu memang buat gambar nampak so nice. Tenang je.





Sekali tengok macam kat oversea pun ada. Rupanya hanya di Malaysia. 


Jadi, sempena tahun melawat Malaysia 2020, jom kita penuhkan senarai tempat-tempat percutian dalam Malaysia yang tak kurang hebatnya juga. Labuan ni kecik je. Sehari pun dah boleh habis untuk cover Labuan from end to end. So no worries. 

See you next time. 

Da!

EL.


Wednesday, January 15, 2020

Enchanting Labuan

Highlights:
4 Days 3 Nights
Hotel : Hotel Lazenda, Labuan

Ini kali pertama saya melawat ke Wilayah Persekutuan Labuan. Sabah dan Sarawak pun tak pernah sampai lagi. InshaAllah, hopefully in the near future. 

Day 1
Flight from KL- Labuan (7.35am - 10.05am)
Sewa kereta, Proton Saga (4 days, RM210)

No plan is the best plan (sometimes). Jadi kami decided to just drive to see around the small island of Labuan). 

Disebabkan drive tanpa arah tujuan, kami sampai di pintu masuk TLDM. Haha kemudian patah balik dengan alasan konon-kononnya tengah cari Taman Burung tapi tersesat sampai ke situ. LOL. 

Among the highlights;

1. Taman Burung (tapi tak masuk pun, lalu jee)

2. Pantai Layang - Layangan

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1i79JP3RRcVaHyT3kgIC5YG3LJYsVui5dhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=119Y1nS1WQImzt6Q-S5mFsxKiaTz67AAx

Kami stop dekat satu area di kawasan pantai ni. Subhanallah. Sangat bersih sangat nyaman dan sangat tenang.

3. Ujana Kewangan 
(Lunch di foodcourt) sebab belum betul2 explore lagi tempat makan yang menarik di Labuan ni). 

Kemudian ke hotel untuk check-in, solat dan tidur sekejap. Maklumlah bangun awal untuk flight pagi. 

4. Kampung bebuloh
Tempat perusahaan ikan bilis. Kebetulan ada small construction dekat kawasan perusahaan, jadi kami hanya berjalan melihat kawasan rumah atas air di kampung bebuloh tu je. Menarik dan Subhanallah, cuaca yang baik dan kami berjaya dapat banyak shot yang cantik pada petang itu. To be honest, ini adalah perkampung atas air yang pertama buat kami berdua. Banyak benda yang buat kami amazed tentang kehidupan orang-orang di laut ni. 

5. Tengok sunset di Pantai Layang-Layangan
Selepas minum coconut shake di kedai 

6. Anjung Ketam
Ketam memang favourite saya. Jadi bila nampak signboard anjung ketam, terus terbayang seafood yang fresh di bahagian pantai barat Malaysia ni. 


Day 2
1. Chimney Walking Trail
2. Beli brooch mutiara di Labuan
3. Brunch di foodcourt UTC - telor goreng geragau
4. Pulang ke hotel
5. Ke Kolej Matrikulasi Labuan - bertugas
6. Cari watson, dinner di Siswazah Corner 
7. Beri taklimat di Kolej Matrikulasi Labuan
8. Lepak-lepak malam di mortar cafe di Lazenda Hotel, aiskrim cendols, mee koyo with wantan soup

Day 3. 
1. Breakfast di hotel
2. Bertugas di Kolej Matrikulasi Labuan
3. Ke Palm Beach Resort - minum air kelapa
4. Pantai UMS, catching sunset
5. Sakit perut yang amat
6. Berehat di hotel

Day 4. 
1. Check-out from hotel
2. Breakast at Fisherman restaurant with Cheng dan Yun
3. Ke airport dan pulangkan kereta sewa
4. Meet up with Sharinah
5. Bon voyage

Flight Labuan - Kul
10.35am - 12.50pm

Alhamdulillah, a short escape to Labuan was truly an amazing one. We have discovered a lot of tourism potential in Labuan and I am so interested to expand my research in Labuan. 




Sunday, January 12, 2020

Pokok Kunyit Segar Kembali Menggunakan Baja Roti

Assalamualaikum and hello semua. 

Sajelah nak share, pokok kunyit I berdaun cantik akhirnya. Setelah mendapat tips baja roti dari kak lin, kita balik dan cuba apply. Alhamdulillah dalam seminggu dua minggu ni nampak lah hasilnya. Hasil dari sembang panjang bersama kak lyn, adalah juga hasilnya. Kikiki



Hah tu dia. Daun yang paling depan tu mekar elok. Daun yang belakang tu berlobang-lobang sebab masa tu I belum dapat hidayah lagi untuk menjaga tanaman. Alhamdulillah, hidayah tu sampai jugak. hihihi. 

Semoga sis terus istiqomah untuk menjaga tanaman, tangan yang panas ni dipercayai boleh sejuk la. Banyak-banyak ler istighfar. Sekarang I percaya, bukan tangan sejuk atau panas yang menentukan hidup matinya pokok yang ditanam, tetapi sebanyak mana usaha yang kita letak untuk bagi tanaman tu hidup. Kalau dia ditakdirkan mati juga, takde rezeki lah ye. Kita cuba lagi, jangan putus asa. 

Kak Lyn ajar guna baja roti. Peram roti dalam air selama lebih kurang seminggu atau 3-4 hari pun boleh dah. Tapi selang 2 hari tu, buka lah penutup botol supaya gas dapat dilepaskan. Jangan macam I, terlupa nak buka penutup botol, bukan je dia tendang penutup botol tu, tapi 'harum' semerbak rumah den dibuatnya. Siap ada kesan dekat ceiling punya berkuasa letupan gas baja roti ni. Hahaha

Dah peram tu, ambik air rendaman roti tadi kemudian masuk dalam botol spray dan campurlah air. Pastu spray la ke tanaman tuan puan sekalian. InshaAllah ada lah hasilnya tu. 

Selamat mencuba. 

Tak sabar nak tanam macam-macam. haha. 
.
.
.

Sekian dulu dari kak eL. 



Thursday, May 24, 2018

Ramadhan 2018

Alhamdulillah. Hari ni sudah hari ke 7 Ramadhan.

Pada Ramadhan tahun ini, saya tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia memandangkan sudah berada di tahun akhir pengajian. Jadi, saya berpuasa di Glasgow sahaja bersama-sama housemate, Yus.

InshaAllah dipenghujung Ramadhan nanti, suami tercinta akan datang dan tinggal dengan saya di sini sehinggalah saya tamat pengajian. Terima kasih suami yang sangat memahami.


Pada bulan Al-Quran ini, seperti tahun-tahun sebelumnya saya berhasrat untuk khatam Al-Quran. Puasa di Glasgow adalah sangat panjang. Lebih kurang 19 - 20 jam. Tetapi memandangkan sudah tahun ketiga saya disini, saya anggap berpuasa lama ini sebagai satu peluang untuk menambah amal ibadah dan lebih panjang masa yang ada untuk membaca Al-Quran. InshaAllah.

Cuma mencabar jugak lah bila berada di office, di kelilingi oleh masyarakat bukan Islam. Masuk office pagi-pagi je dah bau coffee. Heeee menduga betul! 

Saya cuba untuk menyusun waktu dengan betul supaya tidak terlalu terasa puasa yang panjang ini. Kalau tidak, keinginan untuk pulang ke Malaysia serta-merta pasti segera datang. Hehe 

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan dipermudahkan semua urusan harian kita. InshaAllah. 


Liana
Ramadhan ke-7
Glasgow
United Kingdom



Monday, April 30, 2018

Kilt Walk - Glasgow 2018

Assalamualaikum and Hello!

29th April 2018. 

I was approached by Arnida to join the Kiltwalk to replace her husband that have to leave for work on that day. I'm all excited. Not only because it's my first time but the experience to wearing kilt itself is more interesting. So AJ need to bring along her son and ya, she must need some help since it's going to be her first time outside without husband. 

Lokasi : Moss 'O Balloch Country Park, dekat area Loch Lomond. Ada jetty untuk naik ferry ke Loch Lomond. Haih. Boleh pegi lagi next time!

Kitaorang gerak awal pagi. Dalam pukul 8 pagi AJ dah datang pickup kat rumah. Lepas tu Duan drop kitaorang dekat Queen Street Station. Lepas tu baru perasan yang sebenarnya kena naik dekat Glasgow Central Station. Adoila! Aku la ni. Tak check betul2. Dah terpaksa menapak bersama Umar Yusuf dan Aj. Nasib baik tak jauh. 

So kitaorang naik train menuju ke Balloch. Return ticket sebab guna student card, dapat GBP4 je. Murah wei. boleh pegi lagi. Haha

Enjoy the pictures!


Siap dapat medal lagi. Hehe




Para peserta

One of the pitstop. Balloch Castle

Before the walk
So apa yang bestnya dengan Kiltwalk ni?

1. Sebab boleh pakai Kilt. Hehe
2. Teruja dengan cara mereka organize this event. Simple tapi saaaangat happening! Semua orang bersemangat dengan larian ni. Suruh tepuk dorang tepuk. Suruh menari dorang menari. 
3. Macam-macam kategori peserta. Rata-rata yang join ni mewakili NGO masing-masing untuk kumpul macam-macam jenis dana untuk disumbangkan kepada orang yang lebih memerlukan. 
4. Disertai oleh pelbagai lapisan umur. Yang pakai wheelchair, yang pakai tongkat, atok-atok, opah-opah, kanak-kanak, babies, remaja. Semualah! 
5. Dapat macam-macam merchandise. Ada jugak disediakan food. 
6. Yang paling impressed, Kiltwalk ni berjaya mengumpulkan sebanyak 2 Million Pound. Perghhhhh! 

Overall, Kiltwalk ni memang antara pengalaman yang tak kan dilupakan sepanjang tinggal di Scotland ni. 

Harap dapat bawak Faiz pulak pegi next Kiltwalk. Dia tu dah teruja sangat tu nak berjalan pakai Kilt. hehe

Sekian. 

Liana
Glasgow
United Kingdom






Sunday, April 15, 2018

Juicy Lucy's - Halal Food in Glasgow

Assalamualaikum wbt.

So today I'm so keen to try the Juicy Lucy's, one of the halal restaurant in Glasgow. Dengar cite burger dia best, so after a long walk (from Alexandra Park to Glasgow Green), oh I went to GOMA and People Palace as well (both are museum), I made myself a visit to this restaurant.


Inside the Juicy Lucy's

And here's the food. I ordered just an ordinary cheese burger with strawberry cheesecake smoothie. 



Can't remember the name of this. Something like Narcos Fingers or I don't know. Sorry. 


Strawberry Cheesecake Smoothie. 


A homemade cheeseburger

Alhamdulillah. Kenyang. Recommended! InsyaAllah next time boleh datang lagi. 

Disebabkan hari ni berjalan dengan agak banyak, my pedometer menunjukkan peningkatan mendadak ke 11,432 steps. Wohooo. Satu peningkatan. InshaAllah akan diusahakan semoga semakin banyak berjalan. Walaupun selepas berjalan dengan banyak, burger yang dimakannya. hehe 

Sekian. 

Liana Raja Omar
Glasgow, United Kingdom


Friday, April 13, 2018

First analysis : Netnography

Assalamualaikum wbt & Good day.

My Phd is still in progress. What kind of progress? only Allah knows.
So tonight I bring home my transcripts, planning on doing it manually instead of using Nvivo from the desktop at my office. I hate the fact that I have to keep changing my working habits. Sometimes I would prefer to work from home, library, coffee shop and rarely at the office desk. Never mind. As long as I keep doing my work.


Work of the night. 

I'm doing Netnography qualitative analysis as for my first stage of data collection. I'm not sure how rich will my data be, but let's hope for the best. Hard work will finally pays off rite?

Best, 

Liana
Ballindalloch Drive
Glasgow




Wednesday, April 11, 2018

Daffodils the Darling

Assalamualaikum. 

So today one of the photo from my Instagram has been featured in our university's IG. Heeee  *so proud*. 

Sebenarnya dah lama tak de meluangkan masa untuk edit gambar. Kalau dulu, laju je. Sekarang ni padahal semuanya dah makin canggih. Excitement pulak yang semakin kurang. Haih la. 

Okeh. Bunga kuning cantik ni namanya Daffodils. Bila Daffodils ni dah mula banyak, itu tandanya musim Spring sudah bermula. Saya tak pasti di negara empat musim yang lain macam mana tapi, Daffodils inilah permulaan peralihan musim dingin ke musim bunga! *tulis ni pun rasa berbunga-bunga hati sangat dah*. 

Bersama-sama Daffodils ni selalunya muncul juga bunga-bunga Daisy. Kemudian nanti akan disusuli dengan Cherry Blossom. Ya Allah, can't wait!



Therefore, I took more photos using Daffodils that I have in my house. Check it out! 
Spring is finally here. Let's pray for more sunny days to come. 






Syukur Ya Allah. 

Untuk musim dingin yang telah Engkau gantikan dengan suhu hangat dan lebih menenangkan ini. Syukur Ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, dapat berkongsi nikmat ini bersama hambaMu yang lain. Semoga Daffodils yang cantik ini, menyuntik hari-hari cantik juga untuk kalian semua. 

Allahummaamin. 

Sekian. 

Liana
Ballindalloch Drive, Glasgow
United Kingdom.