Thursday, January 26, 2012

Pelengkap

Awal 2012 menyaksikan beberapa episod pertemuan dua hati. Alhamdulillah, dapatlah aku pergi merai. Tidak seperti tahun yang sudah-sudah. Aku biasanya kejauhan dan seringkali di perantauan. Tahun ini ramai kawan-kawan baik ku bertemu jodoh mereka. Ada yang bertemu jodoh dengan 'crush' aku sewaktu kecil dulu. Ngahahaha tidak mengapa. Jodoh tersurat, pilihan dan pertemuan semuanya sudah Allah aturkan. Itu yang paling baik untuk aku dan juga mereka dan ha ! kau juga.. hehe

Menyedarkan itu, ada sesuatu bermain-main di kotak kepala and I wonder how my kepala can have kotak now ? Peliks dot com. Serius ni weh. Almost and most of my close friends getting engaged and married untuk tahun ini. Lepas tu pulak, mereka-mereka ini ada dekat di sekitar aku. Makanya, aku berasa seperti mahu mencari seorang calon imam muda untuk didaftarkan ke astro oasis eh merepek apa neh ? Gilak ah. Serius, aku seakan mahu mengembara ke kutub utara lalu bersama-sama dengan orang eskimo mencari seorang lelaki untuk dibuat suami. Chewah !

Dan,
Malam tadi, aku menyaksikan kawan sekolah rendah aku melafazkan ijab dan qabul lalu memperisterikan kawan sekolah rendah aku juga yang mana pada ketika kami bersekolah rendah, kami adalah sekelas iaitu, 6 Arif. Macam amazing ah wei ! seingat aku, ni first time aku betul-betul attend acara ijab dan qabul. Kalau sebelum-sebelum ni, aku memang tak join sangat sebab aku tentunya sedang sibuk mengintai makanan di meja pengantin. miahaha.

Tadi, tok kadi baca khutbah larangan berzina. Dan Tok kadi juga pesan bahawasanya Nabi Allah Muhammad Ya Rasulullah sering berpesan kepada umatnya bahawa perkahwinan itu satu ibadah dan setiap manusia tidak boleh menolak perkahwinan sekiranya mereka telah cukup syaratnya. Namun, bercakap pasal syarat ni, macam seram sejuk pulak aku dibuatnya. Apakah syarat-syarat nya tok ? Gementar saya dibuatnya. Eceh.

Apakah termasuk syarat-syarat memasak, cuci piring, cuci alas kaki, buang sawang dan sebagainya ? Sebab yang itu saya kena check balik dah lulus ke belum. Tapi mungkin sebab itu saya belum boleh berkahwin kerana diri sendiri tidak bersedia dari segala benda. haha

Eh mengantuk gila pulak.
Mari lah kita tido.
ZZZzzzz

Saturday, January 14, 2012

Sebal

I wish it won't happened.
Tapi benda yang telah tersurat untuk terjadi,
pasti akan terjadi.

Sebal dan Sesal

Semua berlegar-legar di kepala.
Kepala aku sedang keluar bintang dan kemudian bintang tersebut hilang secara ajaib. Lalu doraemon pun masuk ke peti masa dan makan kuih dorayaki. Apakah ?

Ok. Sekarang otak aku kurang centre sedikit. Eh, banyak. Segala yang berlaku adalah terlalu kejam untuk aku terima sebagai kenyataan. Indeed. Apakah aku akan hilang separuh dari jiwa atau pun separuh jiwaku telah pergi dengan semua perkara yang mensebal dan mensesal ini ? Aku tak pasti.

Dang lah !!
Kalau lah aku sedikit berhati-hati, pasti perkara tersebut tidak terjadi. Dan aku tak payah berfikir secara berat seperti ini. Nasib baik aku dah habis marking dua set paper final. Kalau tidak !!

Ya Allah. Terima kasih kerana menguji lagi. HambaMu ini memang sepatutnya di uji. Kalau tidak ditampar begini, tidak lah aku berhati-hati. Memang careless, like always.

Jadi, sekarang bagaimana ?

Tidur membungkus diri.
Semoga esok pagi tidak terlalu kejam dan memberi aku ruang untuk membetulkan diri. Amin.

Thursday, January 12, 2012

Marking Paper

Yeah. Selain dari marking paper final, aku ada 24 lagi senarai kerja yang harus dibuat dan dihabiskan secara cepat. Memang mencabar I tell you ! Makanya, banyak aktiviti kehidupan yang terpaksa kena skip memandangkan masa adalah sangat cemburu dengan aku pasal apa dia cemburu pun aku tak pasti ok lah fine.

oh ya !
Aku juga tengah siapkan itinerary untuk pegi Singapore tuh. Perghh, mencabar weh, memang mencabar. Terlalu banyak faktor harus dikasi fikir. Semuanya adalah serba salah. Maknanya aku memang kena buat research yang betul-betul research. It's not as easy as I thought. Dilema wanita betol lah.

Aku rasa, aku kena ucap terima kasih dekat otak. Sebab buat masa sekarang ni, dia masih berfungsi dengan baik. Walaupun kadang-kadang dia mereng, tapi dia recover very the sooner. Dan macam biasa, aku perlukan speed, faster than a rocket. Sebab kerja adalah super banyak.


Tido kerja, Makan Kerja, Siang Kerja, Malam Kerja.
Oh I'm so addicted to my work.
I'm glad that I have a job.

Aku rasa aku dah workaholic sikit. Eh banyak.
Okey lah.
Mari bersurai.

Sunday, January 8, 2012

Singapore again ?

Undangan ke Singapore untuk kali kedua.
Oleh rakan kesayangan yang memang disayang-sayang.
Tapi...............

Kalau January pegi Singapore,
Februari pun pegi Singapore... apakah ??
Wah2x.
Tak kan dua kali kena masuk USS ?
Kopak mak !

Hurmp.

Laju je tekan calculator.
Buat belanjawan.
Yeah, belanjawan merayap.
Memang dilema weh !

Tak kan every gaji kena ada peruntukan pelancongan ?
Ini memang disaster. Bila masa mahu mengompol ?

Yuran TOEFL dengan GRE je dah RM1k plus + plus +
Tak masuk lagi kalau kena attend kelas untuk dua exam bencana tersebut
Habis tu macam mana dengan janji nak pegi Bali dengan Hanis ?
Perh. * kesat peluh keringat petani.. yew *

Makanya dah dapat jawapan !
Kawan kesayangan, kita takde jodoh mahu travel sama-sama.
Jodoh kita kena curik !
Sebab... I lagi sayang students I dari you. HAHAHA
Makanya, I pegi Singapore dengan students I je hokey !
You pegi sorang-sorang. Baik-baik sayang.
Jangan sampai hilang.
Malaysia masih perlukan DJ seperti you. ngeh2x.

Saturday, January 7, 2012

True or Dare

I was in Pantai Sri Pantai with the studs.
Main game True or Dare ~ best !
Mujur tak kena wei. Kalau kena, memang matik.
Matik mau mentipu jawapan.

 Pantang nampak camera ye ! hehe

Thanks for inviting me. Indirectly ada banyak soalan terjawab pada malam tersebut... hehehe
Like the true and dare. Lepas tuh, bagi hadiah lagi untuk I. Untungla ~ sapa suruh farewell dengan I banyak-banyak kali. hahaha

I enjoyed. Puas. Terima kasih.

By the way. Pantai Sri Pantai ni, ada banyak sentimental value untuk I. Terlalu banyak. When I was in school, Pantai ni la tempat aktiviti camping kami. Banyak program held kat sini. So, terlalu banyak peristiwa, memori dan kenangan di pantai ini. So.... I sangat tak sangka, u guys brough me there. Surprisingly !

Sudah banyak cinta tertumpah di pantai itu Haiyok.. haiyokk.. haiyook..
Dan malam tadi juge ! LOL

Pengsan dalam kenangan.

Yang berdendam, biarkan.
Tak larat mahu melayan !

Wednesday, January 4, 2012

One by One

Chinese New Year onwards,
another BFF getting engage.
happy enough ?
Definitely !!
In fact, aku pun sama excited.
Sekarang tengah sama-sama buat paper flower.
Jatuh hati secara banyak dekat paper flowers.
Canteekkkk !!

lebih kurang macam ni lah bentuk dia
(Gambar Hiasan)

Congrats dear. 
Seriously happy ! Another sign of jodoh from Allah swt.
Alhamdulillah.

Melihatkan ini,
aku lagi semangat nak pegi sambung phD.
away from everything. Loneliness, at least.
motip !
hahahaha

Allah put me in the waiting list still.
a list of jodoh.
So, I'ill wait.
But I pray to Allah, make me sabar in waiting.
I want to be ikhlas.
More than everything.

Congrats dear !!
I akan buat bunga banyak-banyak untuk u.
dan trifle juga.
dan pelamin juga.
dan kek juga.
Hehehe can't wait !!

Ok bai.


Monday, January 2, 2012

Sebuah Kisah Facebook

We're very VERY very good friend (before).
Sharing ALMOST everything.
Understanding ALMOST anything.

Out of nowhere, kami diuji.
Ujian perasaan.
Cinta mengambil tempat, mengganggu gugat.
Lalu kami renggang.
Baik semula.
Dan renggang kembali.
Baik lagi.
Renggang lagi dan lagi dan lagi.

Kalau hujan pun pandai berhenti,
Persahabatan pun boleh mati.

Kami tidak lagi sehati.
Benci menjadi priority.
Eh, sayang tu ada lagi.
Cuma semakin menepi.
Ke tepi... dan ke tepi...
Alangkah rugi !

Block Facebook, solusi dari emosi.
Yes, itulah yang terjadi.
Padahal, punyelah menyesal bagai nak mati.
Tapi, mana boleh biarkan EGO dicampak ke tepi.


Lalu, tamat sebuah persahabatan
Dengan tamatnya hubungan facebook.
Lalu tidak puas hati dengan sendiri.

Kenapa facebook sudah menjadi 'tuan' kepada friendship or any other 'ship' ?
Unfriend mewakili tidak berkawan lagi.
Block mewakili musuh selama-lamanya.
What the ??
Bukankah tanpa facebook juga kita masih boleh berkawan.
Why must we let the facebook to become our life organizer ?
to tell us who's in and who's out ?
Nonsense !

Back to the story.


After years, we suddenly (out of nowhere jugak) become a friend again.
Like we used to.
Sharing ALMOST everything.
Understanding ALMOST anything.
But only,

We are not friend in Facebook anymore.
Realizing the truth that,
Facebook is the reason why we break-up.

Sekarang, dah kawan balik.
I got my BFF back again, yeay !
Tanpa Facebook, kami masih boleh berkawan.
Sebab Facebook, is Not the only way to prove that we're friend to each other.

Buang lah persepsi, Facebook adalah untuk orang-orang yang kita rapat.
Kerana, no guarantee kita akan rapat forever.
Facebook shouldn't be a place to show your bad.
It's a place to heal your sad.
If you can't, tak payah ada facebook. Senang.
Kepala otak pun tenang.

Langkah pertama untuk cinta adalah persahabatan,
Langkah terakhir untuk persahabatan adalah cinta.

Agree ? No ?
Up to you.

Gud day everyone !