Wednesday, April 13, 2016

5000 words

Second assignment is 5000 words.
I don't know it is this hard.
I hope i can get through this.

Sudah terlalu kangen ke Malaysia.
Mahu segera melihat wajah-wajah kesayangan.
Rindu makanan Malaysia.

Cepatlah habiskan penulisan.
It is worth doing.

Hu!

Townhead, Glasgow City Centre.
Music background : Glee The Scientist

Monday, April 11, 2016

#FaizLiana - Pertunangan

26 March 2016 (Sabtuday)
Pasir Puteh - Glasgow City Centre

Pada tarikh tersebut telah berlangsung majlis pertunangan saya dan BFF.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Yang Begitu Besar CintaNya.
Sesungguhnya ini adalah life event yang sangat amazing.
Sampai sekarang macam tak percaya je jadi tunangan orang sudah.
Syukur Ya Allah, Syukuuurrrr.

The majlis went well without me. Eh kalau I ada pun jadi jugak kan. Haha
Tapi sebab I tak dapat pulang, makanya majlis pertunangan kami
menjadi sedikit rare. Cincin disarung ke jari lelaki. Lawak pun ada, tacing pon ada.
Sesungguhnya saya sangat bersyukur, keluarga bakal mertua menerima sahaja
idea yang entah apa-apa ni. Long distance engagement. Tak pernah dibuat orang!
Dah la long distance, siap ada live streaming lagi dari Glasgow. Haha
I watched every single moment through FB video call.
Rasa macam ada dekat rumah je. Dari mula ahli keluarga BFF masuk ke dalam rumah,
sesi perbincangan, sarung cincin hinggalah makan-makan.

Huwaaaaaa.. mentitis air mata ini dikejauhan.
Betapa shahdu dan sungguh bersyukur. Allah makbulkan doa kami.
Allah permudahkan ke step pertunangan padahal awal-awal lagi
kami langsung tak pernah fikir nak bertunang. But Allah knows.
Alhamdulillah.

Selalu cakap ke BFF yang i tak sangka kami boleh sampai ke stage ni.
Lepas tu dia selumber je cakap "kalau tak ke stage ni, tak kawen la kita"
Haha pandai melawak dah sekarang.

Kita sama-sama berdoa supaya diberi kekuatan untuk melalui tempoh pertunangan ini.
Walaupun orang selalu sebut bertunang ni banyak ujian, tapi kami mahu husnuzon pada Allah.
Semoga Allah melindungi dan memberkati hubungan kami, menjauhkan kami dari segala perkara
yang tidak baik. Sesungguhnya Allah Lebih Besar dari segenap ujian yang ada.
Semoga Allah bantu. Amin.

Kini kami menghitung hari ke hari ijab dan kabul.
Saya pula masih dengan perjuangan PhD.
Fiance meneruskan tugasannya di Kuala Lumpur.
Semoga Allah menjaga hubungan kami ini sebaik-baiknya.
Antara usaha yang boleh kami buat sepanjang tempoh ini,
adalah menjaga batas perhubungan dengan fiance,
sebab sebelum ni dia adalah Bff. So kami sedikit bebas berhubung
tak tentu masa. Tapi bila dah sampai ke stage fiance ni,
kami rasa ada baiknya diletakkan batas. Kurangkan berhubung yang tidak perlu.
Jangan kasi chance sama syaitan untuk melagakan yang bukan-bukan.
Kami juga berusaha (semampu kami) untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Sentiasa hidup bertemankan Al-Quran dan banyak membaca
nasihat-nasihat keagamaan.

Tak mahu bersetuju tapi 'ujian' itu mula dirasakan.
Takpe, semoga Al Quran akan menjadi benteng ampuh
yang menjaga perhubungan kami ini.
Ikhlas kami mahu bersatu keranaNya.
Mahu melahirkan zuriat soleh dan solehah dengan izinNya.
InsyaAllah.



Sekian.
Townhead, Glasgow City Centre.