Assalamualaikum wbt.
Ehem
Lima bulan pertunangan and counting. Betapa pantasnya masa yang telah berlalu. Kurang lebih tiga bulan menuju hari pernikahan dan kurang lebih dua tahun untuk menghabiskan pengajian PhD ini. Semoga kedua-duanya berjalan dengan baik, sentiasa dalam kasih sayang Allah dan dipermudahkan. Amin.
Berdebar.
Debaran yang paling berdebar adalah untuk menyiapkan PhD ini dan graduate on time. I would say ia merupakan satu jalan yang perlukan usaha keras dan fokus yang luar biasa tinggi. Tidak boleh bermain-main seperti biasa, satu perjalanan besar yang sewajarnya mematangkan kehidupan.
Manakala, perkahwinan pula, satu perjalanan yang dengan izin Allah akan menjadi penguat semangat kepada perjalanan PhD tersebut. Dan semoga perjalanan PhD itu sendiri menjadi asbab yang manis utuhnya rumahtangga yang bakal dibina ini nanti, InshaAllah.
Menjawab soalan-soalan nakal yang mempertikaikan keputusan untuk menikah sepanjang pengajian ini, hati ini yakin Allah punya hikmah dan reason yang lebih terbaik dari apa yang boleh difikir dan dijustifikasikan oleh diri ini. Ya, Allah yang telah menetapkan ia begini, pasti jalan terbaik untuk ini juga telah siap disusunnya. InshaAllah.
Persiapan perkahwinan:
Heeeeee.
So far, Alhamdulillah, setakat ini masih berjalan dengan lancar, of course dengan bantuan ahli keluarga dan teman-teman dan yang utama, Tunang tersayang yang sangat memahami dan sangat membantu. Syukur Syukur Syukur.
Baiklah. Mari meneruskan kerja.
Tunggu masa nak submit kerja kepada superduper supervisor MisterK.
Sekian.
Glasgow Darul Aman Tenteram
SBS, Uni of Strathclyde, United Kingdom.
Kejap.
Tak faham kenapa I ada gambar mata you. Lols.