Wednesday, October 28, 2015

Percutian Pembelajaran

Akhirnya.
Doa saban tahun termakbul jua.
Doa yang terpilih untuk dimakbulkan pada tahun 2015.
Doa dari seantero kesayangan terutama mak dan ayah.
Doa dari keluarga dan saudara mara.
Doa dari sahabat-sahabat sejati mahupun kurang sejati.
Doa dari pelajar-pelajar yang suci jiwanya.
Doa dari sekalian mukminin dan mukminat yang tersembunyi.
Juga sekerdil doa dari diri sendiri.
Allahuakbar.

Maha Pemurah, Maha Penyayangnya sifat Allah itu.
Syukur. Seperti mahu rebah dan berlutut mengucap syukur.
Terus terusan mahu bersyukur.

Pun begitu.
Ini nikmat yang dikirim bersama cabaran dan dugaan.
Ya, tidak mudah kehidupan seorang pelajar PhD.
Tidak pernah aku dengar ada yang berkata mudah.
Lalu, aku juga akan melalui jalan yang sama.
Namun, tetap juga aku memohon agar dipermudahkan.
Permudahkanlah Ya Allah. Permudahkanlah walaupun tidak mudah.
Tetaplah mempermudahkan.
Amin.

28 Oktober, aku terima surat tawaran cuti belajar dengan penuh emosi.
Bercampur baur semuanya.
Datang bersama surat tawaran adalah sebuah lamaran.
Terpana dibuatnya.

Maka bermula lah percutian pembelajaran,
dan pengembaran anak kampung.
Dari White Sand (Pasir Puteh) to Glasgow #ws2gla
Universiti of Strathclyde, United Kingdom,
Serve me nice, serve me well, serve me sweet.
Rabbi Yaasir Waala Tuaasir.

Muka resah lain macam. Haha *AngkorWat,Cambodia