Wednesday, September 28, 2016

Kembara: Switzerland (Swiss Alps) - 2016

Assalamualaikum wbt.

Swiss merupakan antara negara paling cantik dan paling mahal yang penah saya lawati. Jika anda diberi Allah peluang untuk menjejakkan kaki ke negara Switzerland ini, pasti saja 'Subhanallah' tak akan pernah lekang dari bibir anda. Subhanallah, cantik sungguh!

Peluang melawat Switzerland sepanjang 3 tahun berada di UK pasti saja tidak akan saya lepaskan. Jauh perjalanan, luas pemandangan gituu. Berikut saya kongsikan pengalaman tidak seberapa saya mengembara ke negara Switzerland buat pertama kalinya. Dimulai dengan ringkasan perjalanan, photos yang menarik dan juga sedikit captions. 


Flights Details

22 Sept. 2016 [Glasgow (GLA) - London Luton (LTN)] - Easy Jet
23 Sept. 2016 [London Luton (LTN) - Geneva (GVA)] - Easy Jet

27 Sept. 2016 [Geneva (GVA) - London Gatwick (LGW)] - Easy Jet
28 Sept. 2016 [London Stansted (STN) - Glasgow (GLA)] - Ryan Air

* Saya dapat return airfare dari London ke Geneva berharga GBP 44. Consider murah la jugak. Cuma tiket Glasgow - London - Glasgow pulak mahal sikit sebab booking lambat. Selalunya kalau bernasib baik boleh dapat tiket lagi murah dari yang ni.


Pinned Locations

  1. Geneva
  2. Zurich
  3. Olten
  4. Bern
  5. Lucern
  6. Interlaken
  7. Beatenberg
  8. Lauterbrunnen - Jungfrau Mountain (Top of Europe) 
  9. Grindelwald
  10. Zermatt - Matterhorn Mountain

Accommodation

Airbnb - Modern Studio With Breathtaking Views, Beatenberg, Canton of Bern. 
Harga: RM1918 - 4 hari 3 malam - untuk dua orang (First night, I stayed with my friend in Olten). 
Highly recommended. I gave them 10/10. 

*Saya pilih Airbnb sebab nak rasa stay dekat rumah warga tempatan dan senang nak masak. Anda boleh buat comparison harga mana yang lebih better samada Airbnb ataupun hotel. Tanya lah Trivago. Hihi


Ground Transportations

Swiss dan train berpisah tiada. Transportation system dia adalah sangat efficient. Sangat! Oleh itu, untuk melata di bumi Switzerland, lebih-lebih lagi kalau anda stay 3 hari dan ke atas, Swiss Pass je lah jawapannya. Boleh rujuk Swiss Rail Passes atau Swiss Travel Pass. Serius cakap, kalau nak main semberono, beli individual ticket tanpa Swiss Pass ni, harganya adalah sangat mahal. Tak percaya, try lah. Tapi kalau anda cuma stay sehari dua, mungkin boleh guna individual ticket. Pape hal, rujuklah website tersebut okay. 

Tapi serius, train ride dekat Swiss ni memang sangat superb! 


Lagi?

Anda tak perlu visa untuk ke Swiss. Bawak 'buku merah kebanggaan Malaysia jer'. Cukuplah isi visa on arrival (arrival card), dan beratur di bahagian Non-Eu bila tiba di Imigresen. Currency utama - Swiss Franc (CHF), tetapi matawang Euro juga diterima. Dari segi bahasa, jangan risau. Kalau anda tak berapa fasih bahasa Inggeris, ketahuilah betapa banyak lagi manusia yang tak pandai cakap English dekat sana. Haha So pandai-pandailah guna bahasa ayam itik dekat sana. Janji maksudnya sampai. Kadang-kadang handphone akan cepat mati bila dekat negara sejuk ni. Jadi, kena sediakan power bank yang power ataupun tak payah lah guna internet bila tak perlu. 


Makanan? 

Dari segi makanan, one plate of dishes berharga sekitar 20 CHF sepinggan. Kalau pergi ke area yang high tourist, harga sepinggan makanan yang minimum boleh pegi sampai 30 CHF, contohnya Zermatt. Interestingly, dekat Jungfrau mountain ada makanan halal dekat cafe dia. Baca betul-betul sign halal tu sebab kita mungkin tak perasan. Lagi satu, kebanyakan pasaraya ada bahagian Asean food. Vegetarian nasi goreng pun ada dekat frozen food. Tinggal masuk microwave je. So kalau tak jumpa tanda halal, anda boleh alternatively cari makanan yang 'suitable for vegetarian/vegan asalkan takde alcohol. Saya pernah jumpa Mamee, made in Malaysia dekat Grindelwald. Hehe 


Sabun Taharah (sabun samak) 
Kalau anda stay dekat Airbnb, anda boleh samak dulu pinggan mangkuk periuk kuali sudu garfunya dan gunakan lah tanpa was-was untuk memasak.  


Mahal?

Yes. Segala-galanya mahal tentang Swiss ni. Tapi kita kena sentiasa ingat, bukan sebab kita ada duit kita boleh pergi Swiss. Tapi sebab Allah izinkan. Jadi, kena plan betul-betul. InshaAllah okey je tu nanti. 

Sekarang, masanya untuk photo. Semoga terinspirasi! 
Hehehe


Penginapan


Our lodging at Beatenberg area.
Dari penginapan ni, kami akan naik bus ke stesen train di Interlaken untuk ke mana-mana. 


Toiletnya yang sangat bersih


Dining Area 


Living hall and sofa bed for me. So comfy. 


Zurich






Bern (Capital city of Switzerland) 




Lucern







Aiyok!
Disebabkan Iphone saya jatuh dalam toilet bowl semasa di Paris, banyak gambar di Swiss Alps yang tak sempat diselamatkan. Waktu saya tulis article ni baru saya sedar. Haih. Sorry okay. 

Swiss Alps 





Sekian dulu tentang Swiss. Ada masa inshaAllah saya kongsikan lagi dari masa ke semasa.

Must visit!

Semoga anda semua pun ada rezeki untuk ke sana. Allahummamin.


Liana.
Glasgow, United Kingdom.







Wednesday, September 14, 2016

#KitchenLiana - New tableware and Egg Rack

By the carboot.

Kunjungan ke Carboot minggu lalu menyaksikan banyak barang-barang menarik dan peristiwa yang menarik juga. Yang paling mempuaskan hati adalah the Egg Rack;


1£ - Satu Pound je okay!

It still in a very good condition. Mungkin hadiah Krismas yang diaorang dah tak nak atau apa-apa je lah malas pulak nak fikir . Haha apa pun, ini antara item yang memang buat drooling eyes until now. Bukan drooling eyes sebab harga dia ke apa, sebab standard ah harga barang carboot 50 sen ke singgit tu, tapi sebab tak pernah jumpa egg rack dan tak tahu pun wujud egg rack yang bukan sahaja cantek, malah berkualiti tinggi sebab dia adalah besi yang berat. 

Next

Green. Pun masih dalam condition yang baik. Ini semua termasuk 4 biji mangkuk tiada dalam gambar juga keseluruhannya hanya 1£. Amazing sangat! Tapi cuma tinggal a set of 4. Walaupun bercadang nak set yang lebih banyak biasalah I kan suka tetamu ramai-ramai datang rumah, tapi takpe. Kalau ada tetamu yang jumlah nya ini, there you go. Keluarlah bangsa hijau ni nanti. 

Sebenarnya lebih suka tableware yang plain, to be exact, white in color, tapi yang warna hijau ni sangat menarik pulak. Nampak sangat vintage. 

Sekian laporan carboot minggu ini. Ada few item menarik juga tapi inshaAllah, kita cerita lain kali ya. Cuma lepas ni kalau pegi carboot kena set masa betul2. 

Okay, itu sahaja. 

Sekian. 

Liana, Glasgow. 

Tuesday, September 13, 2016

Eiduladha di Glasgow Darul Gloomy

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh.

12 September 2016

Eiduladha di Glasgow.

Ini bukan Eiduladha pertama jauh dari emak ayah. Sudah pernah beberapa kali. Cuma yang ini yang paling jaaaauhhh. Perasaan sedih tak balik beraya tu memang tak de la sangat. Sebab dah tua dah pun tak yah nak sedih sedih lagi. Acara wajib iaitu bergayutan telefon bersama emak ayah, berbalas ucapan selamat hari raya itu masih lagi menjadi rutin.

Tak masak apa-apa pun untuk raya. Sekadar memenuhi undangan open house rakan-rakan Malaysian yang baik hati dan pandai masak. Sempat buat photoshoot raya di hadapan George Square dan sempat jugak masuk ke ofis untuk melangsaikan serba sedikit tugasan.


Bersama adik-adik dan semestinya masih raaaaaamai lagi warga Malaysia di Glasgow ni. So takde la sedih sangat. Photo taken after Solat Sunat Eiduladha at The Sumsa. 


Syukur. 
Pernah mengimpikan begini suatu ketika dahulu, dan Allah Yang Maha Mengerti dan Maha Mengasihi telah menjadikan semua ini realiti. Subhanallah. Segala puji buatMu Ya Allah. 


Sekian. 
Catatan Eiduladha

Glasgow City Centre
Scotland. 




Friday, September 9, 2016

Seindah Barakah Arafah

Imbas kembali,
Hari Arafah setahun yang lepas,

Di rumah ayah bonda. Sedang gelisah dengan banyak perkara. Syukur diperingatkan tentang hari Arafah, tentang puasa dan mustajabnya doa. Dan pada malam itu, ingatan yang tersangat kuat tiba-tiba muncul terhadap sahabat baik yang sedang menunaikan haji pada waktu itu, lalu di hantar whatsapp segera bertanyakan masih bersisakah waktu mustajab doa. Gelisah hati mendambakan bantuan doa dari orang sekeliling terlalu mengasak... hanya Allah sahaja yang tahu.

Me: You, dah maghrib kat sana? Sempat lagi tak I nak kirim doa?
You: Sempat, masih Asar lagi.

Lalu dikarangkan doa nan panjang, penuh pengharapan untuk dibacakan oleh sahabat baik yang sedang menunggu terbenamnya matahari Arafah pada hari tersebut.

I mungkin lupa setepatnya isi kandungan doa tersebut, tapi Allah Yang Maha Kaya itu telah menjawabnya dengan tepat sekali. Bukan hanya doa, tetapi sang pembaca doa itu juga lah merupakan jawapan kepada doa yang dimohon tadi. Subhanallah.


“Mintalah kepada TuhanMu. Sesungguhnya Dia Maha Memakbulkan doa”

Dan sesungguhnya tiada nikmatMu yang mahu aku dustakan. 

Semoga anugerah dan nikmat ini kita jaga sebaik-baiknya. IshaAllah. 

Wednesday, September 7, 2016

Ireland : Belfast and Dublin - 4D3N

Belfast & Dublin 

Tarikh: 30 Ogos - 1 September 2016
Arlines: Ryan Air
Return Airfare: 9.90 GBP + 9.90 EURO (Very cheap!)
Local Car Rental: Kita tempah melalui Ryan Air (tapi tak digalakkan, sila booking terus dari pusat sewa kereta, banyak pulak hidden charge dia, ergh - dan make sure credit card kita ada banyak kredit kat dalam dia paling kurang pun mesti ada 1500 Euro++, kalau tak de yang ni memang akan menyusahkan kehidupan)
Lodging: We booked through Airbnb 
Night 1: The Annex (Cookstown, Norther Ireland) 
Night 2: Bright Cosy & Comfortable Rooms (Cratloe, Clare, Ireland)
Camaraderie: Yus, Kak Mun dan Intan

Dublin trip was really an escaped from apa pun tak tahu lah. Memanjang je declare escape vacation padahal vacation tidak diperlukan pun. Yang diperlukan adalah kesungguhan bekerja. Like seriously serious.

Anyway, the trip was awesome, we'd enjoyed every bit, and i really loves all photos that i have captured during the trip. Awesomeness. Iphone ni memang boleh diharap juga untuk menghasilkan gambar yang super lawa. Tapi setelah di transfer ke sana sini, quality dia macam drop pulak. Nasib la nak.

Okay let's enjoy the photos.


Queen's University at Belfast. Okay, semua orang tahu kan Belfast ni part of UK walaupun dia Northern Ireland dan Northern Ireland adalah UK bukan Ireland ya. Tak faham apa tujuan yang boleh sampai ke universiti ni tapi at least dorang ada interesting building. I kan obses sikit dengan bangunan. 


Tak pasti apa function dia tapi probably tempat duduk duduk yang dikasi menarik. Masih di Queen's University.


Belfast Botanic Garden and Palm House - Taman ni dorang consider as part of attraction in Belfast. Located next or inside the Queen's University. Very nice and yang paling penting ada orang jual ice cream. Haha


Belfast Castle
Menariknya sebab tak yah bayar nak masuk ke Castle ni. Eh ke kena bayar tah. Sebab kami sampai lewat so yang bahagian dalam tu dah tutup ke cemana tah, so kitaorang pilih untuk berlegar legar di luar sahaja and you can see Belfast from this Castle. Semua orang tahu kan yang kebanyakan Castle dekat UK ni ada entrance fee kecuali pada hari-hari tertentu contohnya hari yang disebut St. Andrew. Oh ya, Castle ni ada banyak replika kucing. Tak pasti pulak kenapa. Mybe istana kucing kot. 


 The Giant Causeway - Okay yang ni memang menarik dan menakjubkan. Kitaorang jenuh fikir macam mana batu batu tu boleh jadi bentuk hexagon ke apa gon tah. Puji-pujian buat Allah yang Menciptakan Hamparan di bumi yang secantik ini. Yang ni memang must visit. Siapa dah sampai Belfast jangan tak pergi ke sini okay, Sebab memang magnificent view. Kalau cuaca cantek, boleh tengok terbenamnya mentari. Subhanallah, cantek sangat. 






The Annex, Cookstown, Northern Ireland - Rumah pertama ni memang best, bersih dan sangat selesa. After long hours of journey, dapat pulak rumah yang best, memang syiok. Tidur lena je. Bangun pun lambat. Wakakaka. Pagi tu Kak Mun dan Intan buat spegatti goreng yang sangat sedap. Dan off we go to Galway pulak.

Memandangkan kami berada di luar UK, so internet data takde dan tak boleh nak guna Google Maps. So kitaorang rely on maps.me yang mana maps dia ni boleh guna untuk offline. So far reliable jugak. Tapi tahap reliable dia tu kadang-kadang dia bawak sampai ke semua kebun orang. Haha pening kitaorang dibuatnya. Tapi serius ah, daripada Cookstown ke Galway ni memang jauh gila. Terbosan-bosan dibuatnya berada di dalam kereta.


 Galway at its best. Tenang je Galway ni, aman damai je dan boleh terserempak beberapa Malaysian beberapa kali. Lepas tu macam banyak kelihatan kedai-kedai yang ala-ala Pakistan dan India. So kami agak, pasti la dilengkapi dengan makanan asian paling tidak pun. We spent more than 2 hours in Galway before move to next penginapan di Clare. Nak keluar dari Galway ni ambik masa jugak sebab dah petang dan jemmm. 


Fish and Chips. The best in town. Tapi ikan Code dan Hake dia memang thorbaik. Galway, Ireland.


The Cliff of Moher - Amazing! Tempat ni memang national park so ada fees, kalau tak silap around 4 euro. Kitaorang tak explore semua sebab dah lambat dan tempat ni besar. Diyakini lebih puas hati kalau dapat jalan from end to end. Sebenarnya i distracted dengan tempat ni sebab dia ada wifi, lalu bergayutan handphone bersama fiance sambil menikmati keindahan The Cliffs. Takpe fiance, we will come to this place as husband and wife nanti sebab tiket pun dah beli. Haha


Our second house. Takde nama yang specific tapi mereka menggelarkan rumah mereka as 'Cosy and Comfortable Rooms' located at Cratloe, Clare, Ireland. A very welcoming host. Sangat peramah siap buatkan teh untuk kami malam tu padahal tak payah pun kami boleh buat sendiri. Rumah ni pun best dan sangat organized cuma yang ni kami cuma sewa bilik je. Yang tadi tu the entire house. Host untuk rumah ni bernama Alfi dan isterinya Mary.


Ya. Kildare Village Outlet. Branded outlet kat oversea ni memang boleh diharap harga dia. Terbeli pulak satu Coach. Itupun jenuh mintak permission dari fiance.Kna belajar mendengar cakap bakal suami ni sebab sometimes apa yang dia cakap memang sangat rational dan make sense. Haha


Last but not least, Henry Street in the City of Dublin. Tak sempat explore habis Kota Dublin ni sebab rushing nak ke airport. Kami singgah sini sebab nak beli souvenir. So korang kalau ke Dublin, boleh cari kedai bernama Carolls. Dia ada banyak cawangan. Beli la souvenir banyak banyak kat sini sebab cheaper as compared to other places. There's another shop bernama Green Note. Tapi kami tak jumpa yang ni kat mana, kata orang murah jugak.

Trip Dublin ends here.
Till we meet again ya.

Tadaaaaaa.

Liana.

#Dublin #Belfast #MalaysiainDublin #MalaysianinUK