Sunday, December 18, 2011

why must ?

Hey you !
Yes, you !!!

Why tak call ?
Sms je ? (eh, demand pulak aku ni..... haha)
It's been soOOoo long since our last talk.
Lama gila.


I tahu you rindu.





































I pun.
) :

# Heart, please don't get injured.

Friday, December 16, 2011

Overdoses


Hai semua.
Kembali lagi.
(walaupun dah tahu dah, takde sape pun baca blog ni.. haha)


Aku baru balik dari Dinner Graduasi oleh pelajar-pelajar tahun akhir.
Best. Fun. Memorable. (untuk mereka).
Untuk aku, i'm just having fun with all the foods. Shark Fin dia memang terbaik dari ladang.
Siap request dekat housemate mintak tolong buatkan Shark Fin. Perhhh. makanan bukan alang-alang kalau nak request. Kena request yang gempak-gempak baru best ! Nasib baik lah housemate aku suka memasak. Suka sangat-sangat !

Merujuk kepada gambar di atas yang juga merupakan salah satu dari gambar favourite aku sejak zaman kesultanan Hang Ping Pong. Mungkin, apa yang boleh dikaitkan dengan gambarajah di atas adalah :

' Hidup berkawan, banyak ujian ' 

Makanya pandai-pandai make over. Kalau rasa persahabatan tu macam dah tak boleh diselamatkan, selamatkan jugak ! kalau tak boleh jugak.... Menjauhlah. Tapi jangan sampai berdendam. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Oklah you all. I ngantuks. 
bye.


Wednesday, December 14, 2011

Menjaga Hati

Menjaga hati semua ?
Mustahil.

Hati sendiri pun tak semua orang nak jaga.
Makanya, fair and square.

Cuma,
Boleh jadi terkilan bila tidak sengaja menyakiti
Tapi sory lah.
Bukan sengaja.

Bye.

Tuesday, December 13, 2011

Agenda beberapa jam lagi

Esok,

Kacau bubur asyura
Presentation final year student
Dinner with the juniors

I can't sleep late every night,
but it seems to be usual and addictive.

Aku sudah terlalu high di facebook sana.
Seperti tidak kenal erti log out.
Damn.
Boleh bawak mati tau tak ?
Mati kalau esaimen semua tak siap.
I can't stand to be a last minute person anymore.
No, I can't.
* faktor usia *

Dan sepertinya aku tidak pernah remaja.
lol !

Sunday, December 11, 2011

bertukar domain

Yes. Ini semacam keputusan yang agak pasti.
Aku bakal bertukar domain sekali lagi.
Dan meraih pembaca blog ribu-ribuan lalu kalah beautiful nara
* pitam *
Jengkelnya kedengaran.
haha

Eh, tak lah. Aku tengah berfikir untuk mempunyai dot com sekali lagi. Wut ? kali kedua ada dot com ? Tidak kah kedengaran seperti serius. Serius ah memang serius. Walaupun belum tahu relevannya apa, tapi aku agak yakin kali ini. Lagi pulak, Fivio macam sedang mentawarkan pakej yang best untuk blogger tenggelam timbul macam aku neh.

You know satisfaction ?
Ha, i want to feed my own satisfaction wit a new domain.
Yang tidak over dan bukan Queen.
Semacam badi pulak nama Queen tersebut.
Sebab aku memang indirectly dah jadi Queen.
I'm no longer a Queen. I'm forever King. Miahaha

Aku rindu Puteri Farah Natasya.
Serius rindu.
Dia tak tahu semua masalah aku,
Tapi dia tahu tenangkan aku.
Tak yah nangis sampai penuh baldi pun
Dia dah boleh clam me down!
Magis.

Semoga perjalan ke Kedah nanti di restui Allah.
Aku mahu bersama kesayanganku !
Oh, please.

Monday, November 28, 2011

malam dan kerja dari hati

ada Bad
ada Naim
ada Shima
ada Ayad
ada Riena
ada aku.
Siapa aku?
aku lah pemandu yang sedang diuji itu.

Sentap.
Dijangka akan sentap untuk setahun akan datang
susulan insiden melanggar pokok tempoh hari.
tidak dapat memaafkan pokok tersebut ???
yes, atau lebih tepat lagi, tidak dapat memaafkan kereta
kerana kemek.

Fine la weh.
Aku tak salah. Pokok yang salah.
Pokok, tolong keluar dari cite ni sekarang !

hahaha (eh, gelak pulak)

Berbalik kepada nama di atas.
mereka siapa ?

Mereka adalah pelanggan McD yang agak tegar.
Yang ada semeja dengan aku.
Yang sedang 'buat-buat' buat assignment depan aku.
Padahal !

Tidak mengapa.
Aku relakan aje mereka begitu.
Kerana pada usia begini, rugi kalau mereka terlepas :


" Peluang untuk konon-konon buat kerja dekat mcD tapi sebenarnya tak buat pun "


korang tak yah nak serious sangat.
Submission date akan menSelamatkan korang.
Trust me !

Ok bai.
Terima kasih untuk malam ini.
mcD dihati.

Sunday, November 27, 2011

tacing

tacing = touching

25 November 2011, petang.
Lokasi : Rumah Kenduri

Aku dalam mode reverse, dan tanpa bunyi sensor, tiba-tiba
PANGGGG !!!! (mungkin bunyi dia macam tu)
aku langgar pokok. Kemek di tengah-tengah.
Aku jatuh hairan (yang amat sangat).
Aku tak pernah fail dalam estimating jarak,
but this time, Allah show me how to fail.

Regret ?
Tak sangat.
But, everyday I wish it never happened.

Dang !
Terbang lah duit shopping bulan ni untuk beberapa ratus.
Unexpected.

Tapi, aku anggap ni semua teguran dari Allah.
Mungkin aku lalai di mana-mana.
Lalai yang maksud aku, dalam sebahagian ibadah dan kehidupan.
I learned my lesson !

This is not to regret.
This is a lesson to learn.

Mungkin benar, aku lah pemandu yang sedang diuji itu.

Thursday, November 17, 2011

Suntuk

Hai.
Aku lama tidak menulis. Lama yang... serius lama.
Tidak seperti saat-saat gemilang bermain belog.
Saat-saat yang... erm.. dah tak kembali lagi kot.
Sebab aku dah cukup ready untuk cakap Bye dekat masa lampau
yang gemilang tuh.

Sekarang adalah masa kini.
Masa yang tak tahu nak cakap gemilang ke tak.
Sebab masa gemilang hanya akan dirasai kegemilangannya
bila sudah tidak gemilang lagi.

Huh !

Senang cakap, masa sekarang kurang gemilang.
Banyak konflik dan sungguh serabut !
unmanaged.

Kalau boleh demand, aku nak mintak satu hari ada 100 jam.
Sepertinya aku kesuntukan dalam segala perkara.
Mungkin juga ini tanda aku telah lalai dan alpa.


Memang tak best kalau nak fikirkan.
Tapi hidup yang kurang gemilang ni tetap diteruskan
kerana
Orang cemerlang tidak selalu gemilang.

Teori tak boleh pakai.
Ok bai.

Monday, August 15, 2011

Pulangnya Sirih ke Gagang

Merujuk kepada entri INI 

Berkat doa semua, akhirnya aku ditawarkan tempat bekerja
di negeri kelahiran aku which is 'tiada dalam kepala pun selama ni ! 'aiyomak ~



Jawatan ?
Biar lah rahsia. Eceh... Eceh.. poyo tak ? poyo tak ? haha
Tak yah la nak canang. Apa yang ada ni semua rezeki dari Allah Yang Maha Kuasa.
Juga ditambah pula dengan berkat doa dari kesayangan semua.
Alhamdulillah, syukur ! syukur ! syukur !

~ Pun begitu ...
  • Tetap rasa sedih nak tinggalkan KL. Tinggalkan kerja sekarang, tinggalkan kawan-kawan ofis, housemate (the siblings) and others.
  • Sedih nak tinggalkan segala kemudahan yang ada di sini yang sebahagian besarnya memang lah takde dekat sana. Tapi takpe.
  • No more movie hunting every weekend ! (takpe, tengok je dvd/astro first ~ huwaaa!)
  • Tak boleh merayap balik malam ~ which is good for me. Boleh duduk di rumah menempek bedak sojuk sampai roper antu kak limah. No more foods after Seven sebab kat rumah mak, memang tak makan malam. Supper lagi lah tak ! 
  • No more singgah KLCC after balik keja with no point of reason, tapi nak singgah jugak
  • Takde lagi dengan senangnya kawan-kawan serata alam mengajak datink di ibu kota dan dengan senangnya jugak bersetuju.
  • Takde lagi tetiba rasa nak pegi Singapore, terus heret Nadia Kay naik train pegi Singapore, kuranglah kuasa merayap ! o-Man. 
  • No more blogger ghatering (eceh ceh, macam pernah join.. ahaha)
  • Banyak lagi lah benda yang tak termampu nak disenaraikan dan membuatkan rasa sedih tiba-tiba.

However, way from that,

Sedang bertabah hati dan menerima apa sahaja takdirNya yang Maha Esa. Kat mana pun aku tercampak untuk berbakti, maka berbaktilah aku selagi diberi kudrat pada tulang empat kerat ni. Semoga dipermudahkan semuanya. 

Nama je orang Kelantan, tapi aku tak pernah kerja kat sana walaupun sekali
dan ini kali pertama. Semoga lancar segala-galanya.

Berat hati masih ada. Semoga masa meneutralkan semua !

.... dan aku sebenarnya nervous !

Thursday, August 4, 2011

RM 250 - a day in Singapore

Yes, it cost you only RM250 and it can be less ! just to be in Singapore and get Singapore chop on your passport ! (Bagi yang tak pernah pegi dan berhajat gila nak try masuk Singapore). 

Do it this way  :

Tiket (pergi) Sabtu malam.
KTM Sinaran Sutera (N25) : KL Sentral - Woodlands | depart : 2300 arrive : 0635
RM46 (Lower Bed)

  p/s :  untuk pilihan lain : RM40 (Upper Bed) , RM68 (biz. class seat) , RM34 (eco. class seat)

Tiket (balik) Ahad petang.
TRANSNASIONAL : Hentian Lavender Street - Terminal Bersepadu Selatan | depart : 1700 arrive : 2000
RM 57.40

Aku sengaja ambik train yang tempat tido ni untuk keselesaan. Lagipun kalau naik bas, harga dia lebih kurang je dengan harga tempat tido bahagian bawah ni. Lepas tu kalau naik bas, kita mungkin akan sampai awal gila (around 4.30-5.00 am). Makanya, baik naik train pastu sampai ngam-ngam dah cerah tanah. Tak yah nak tersengguk-sengguk kat stesen bas awal-awal pagi. Lagipun, dalam train ada surau, nak solat subuh senang. Kalau naik bas, dah turun nanti tak tau pulak nak solat kat mana. Al maklumlah. First timer katanya. Okey, sambung..

Masa balik naik bas ajelah. Kalau naik train malam, takut sampai lambat. Isnin nak keja kan !.

Perjalanan :

Woodlands Train Check Point
Masa kat Imigresen, nanti dia akan tanya datang berapa orang, nak pegi jalan-jalan kat mana apa semua. Jadi make sure korang tau arah tujuan. Kalau tak tau, sila google sikit pasal Singapore sebelum bertolak. Kalau aku, aku cakap.. nak jalan-jalan dekat Marina Bay. 

MRT Woodlands
Keluar dari Woodlands Trains Check Point tu, dekat sebelah kanan akan ada hentian bas yang akan membawa korang ke Stesen MRT berdekatan. Ada 3 stesen MRT terdekat (Boleh check dekat SMRT website untuk maklumat lebih lanjut ye !) ~ Aku dan Nadia (eh, lupa nak cakap.. aku ke Singapore with my besties merangkap travel mate, Nadia Kay) . Okey, kami ambil


   

Saturday, July 30, 2011

unplanned trip

Dengan tidak sengaja dan sangat tiba-tiba,
aku berangan mahu menjadi 'traveller writer'
Memang serupa gila poyos punya cita-cita
Tapi tidak mengapa, layankan aje.

Singapore.
Yes, Singapore.

Lupakan seketika kisah bola sepak
yang meremukkan harapan negara tu.

Siap sedia dengan budget, research mengenai setiap ceruk tempat
di Kota Singa (maklumlah tak pernah pegi kan !), aku pun dengan
nekadnya, buat keputusan untuk ke sana (pulak tu menjelang
Ramadhan yang mulia kan ~ adoyai)

Kind of tak logik jugak.
Tapi aku ada reason sendiri yang tak perlu nak explain kat semua orang.
Yang penting ..... yakin dan redah jer !
Semoga Allah melindungi.. Amin.

 * * * * * * *

Tapi, aku pergi dalam keadaan yang budget gila.
Like seriously.
Tapi, xpelah. Aku bersyukur atas rezeki dan peluang yang Allah bagi
untuk melihat satu lagi daerah hamparan bumi ciptaanNya
Untuk aku belajar dan menginsafi !

* Tak de camera best
* Tak de kasut best
* Segala benda macam limited gila.

Tapi takpelah, baik ada daripada takde langsong.
Dan mesti lah semua ini berhikmah
Dan Allah mahu aku mempelajari sesuatu.
InsyaAllah... Amin.

Wednesday, July 27, 2011

Sensitip

Bila datang satu krisis,
Menuding siapa betul, siapa salah
Hanya akan mengeruhkan keadaan je.

Sebab masa tu, rasional dah kurang.
Makanya, kami ambik jalan keluar
Dua-dua kena berdiam, dua-dua kena bertenang
Bila dah waras balik nanti, baru cakap balik
Dan boleh sambung gelak bersama, semula.

Tak de you pun, I hidup je.
Takde I pun, you hidup je.

Ok bai. 

# Ini kisah dua orang sahabat baik yang kerjanya hanya bercakaran.

Tuesday, July 26, 2011

UMK

Interview dengan UMK adalah simple giler
dan sekejap giler.

Yang interview tu bukan calang-calang orang.
Ada NC, ada Dr, ada Prof ~ empat orang semuanya.
Dan aku adalah antara 5 orang yang terakhir daripada
30 orang yang dipanggil interview untuk macam-macam fakulti.

Serius ah nerves !

Tapi, sekarang dah tak nerves. Eh, nerves jugak tunggu keputusan.
Dengar-dengar cite, keputusan dia dalam masa dua minggu.
Tawakkal je lah aku.
Malas nak fikir lebih-lebih. Dapat tak dapat dah kira lain cite.
Yang penting aku pergi jugak interview tu walaupun
aku konon-konon meroyan tak nak pergi awal-awalnya.

Sekarang ni benda yang lebih mencuak kan adalah
Sekiranya aku dapat kerja dengan UMK tu......
 .
.
.
.
.

Aku kena prepare untuk sambung belajar lagi.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!
Tak bersedianya !

Tapi kalau tak dapat, aku akan kerja dengan opis aku
yang sekarang ni sampai lah dah takde jodoh aku kat sini. Chewah !
Aku pun dah selesa kat sini, dah sayang dengan opismate kat sini.
dah selesa dengan housemate chenta hati,
dah biasa pergi keja naik turun lrt
dah mesra dengan Kuala Lumpur !

 Housemate ~ The siblings

okey - okey - okey
Tak nak fikir lagi dah !
Cuak siot ~

sebab,

PhD tu susah tahu tak !
T___________T
* Nangis lapan baldi *

Sunday, July 24, 2011

Dasar Penipu Satu Malaysia

5 bulan lepas dekat Melaka, aku dengan adik singgah di Pusat Rawatan Rambut dan Kulit Kepala yang konon-konon terkenal di Malaysia ni. Masa tu adik nak kahwin, dia pun teringin lah nak ushar apa-apa rawatan yang best menjelang hari bahagianya. Disebabkan masa tu dah lewat, kami nak consult pun dah tak sempat, so aku dengan adik tinggalkan no telefon. Kiranya, teringin juga lah nak tahu kalau-kalau ada masalah kulit kepala ke apa. Kami plan nak datang hari lain.

Tapi bila balik rumah dan fikir punya fikir, sebab ada jugak orang cakap Pusat tersebut tak elok, rawatan dia pun tak bagus, so kami lupakan je niat nak pegi consultation tu. Pada tarikh yang dijanjikan, Pusat tersebut call aku dengan adik untuk attend consultation dengan diaorang. Tapi, kami bagitau yang kami tak dapat datang dan tak berminat.

Masa berlalu. Adik pun dah selamat dengan majlis kahwinnya. 
Dalam masa 5 bulan tersebut, Pusat tersebut memang tak putus asa, boleh dikatakan setiap bulan atau 2 minggu sekali mesti call nak pujuk kami untuk attend consultation dengan mereka. Oh, memang kaw-kaw punya marketing strategy lah kan. Sekali dapat contact, memang sampai ke lobang cacing lah mereka ni cari. Call jugak Call jugak walaupun dah bagitahu tak berminat. Haiya !

Satu hari, bila Pusat ni call aku, aku pun fikir okey lah macam kesian pulak minah ni asyik call aku. Sebab aku fikir consultation je pun. At least aku boleh jugak tahu kalau-kalau ada masalah kulit kepala yang aku tak tahu ke apa kan. So, disebabkan macam banyak je masa terluang, aku pun buatlah appointment dengan Pusat ni. 

Tapi aku nak cakap ye kat sini :

AKU TANYA MINAH TU BANYAK KALI SAMADA ADA BAYARAN KE TAK DURING FIRST CONSULTATION ? ADA PRODUCT KENA BELI TAK KALAU AKU PEGI ? AKU CAKAP SIAP-SIAP AKU MEMANG TAK DE DUIT KALAU KENA CHARGE UNTUK APA-APA KOS. 

Dan Minah tu cakap banyak kali jugak, TAK ADE MAA, SEMUA FREE OOO. Siap cakap, dapat tonic percuma ke apa tah.

Okeh. Aku pun dengan yakinnya, pada suatu hari yang indah, pergi lah ke Pusat tersebut. During consultation, aku tanya lagi banyak-banyak kali, ada bayaran apa-apa tak untuk consultation atau rawatan awal atau apa-apa charge yang tersembunyi. 

Dan macam biasa, mereka cakap TAKDE. 

Lepas consultation, dia cuci rambut, buat rawatan herba dan sebagainya. Memang best I tell you ! Dah lah pompuan cantik yang handle aku masa tuh. Nasib lah aku ni pompuan straight kan. 

Kemudian, bila selesai semua. Minah tersebut bercakap :

Pusat : Okey, kita dah selesai rawatan awal. So, you mesti ada bawak duit sikit la kan untuk produk yang you akan guna ni. You tak boleh biar lama ooo. You kena terus buat rawatan bila balik nanti. 

KAPLA HOTS HANG LA KAN !

 Aku : Tapi tadi you kata takde apa-apa charge.

Pusat : Consultation memang free, rawatan tadi pun free. Tapi you kena lah bayar untuk produk yang kita akan bagi ni. You tak boleh tunggu lama, penting maa. Jumlah semua ENAM RATUS ENAM PULUH MYR.

Aku Insist. Mula naik darah. Kalau aku ni jenis manusia panas baran, memang kena makan maki free lah Pusat tersebut. Tapi aku ni jenis yang tak pandai nak marah. Aku putar alam lah dengan dorang cakap aku nak kejar flight malam ni, balik kampung, cakap duit tak bawak pagi tadi terbawak handbag lain dan macam-macam alasan lah selagi boleh. Semua aku tibai.

Mereka mintak ATM card aku. 

KEPALA HOTAK DIA SEKALI LAGI !!

Aku cakap aku tak bawak atm card and so on. 

Macam-macam cara lah dia nak suruh aku bayar, siap nak ikut aku balik rumah ambik atm card and pegi bank cucuk duit dan sebagainya lah !

OH MEMANG MELAMPAU BETUL KAYU API NERAKA NIH !

Aku insist. Aku menolak. Aku letak RM50. Lepas tuh aku blah.  Dalam hati memang sumpah seranah habis-habisan. Memang benda ni jadi iktibar untuk aku. Aku tahu mereka akan cari aku lagi sampai ke lubang cacing. Kau tipu aku, aku tipu kau balik.

Taubat. 
Serius aku tak nak buat kerja gila macam ni lagi. 

Ya Allah. serius aku serik. Insaf. Insaf. Insaf.


Wednesday, July 20, 2011

I need a camera

Yes,
I need a camera, like seriously. Sejak kecil lagi memang sudah ditakdirkan menjadi photogenik (wut the haha ??) Tapi emak memang mengakui bahawa sejarah hidup the only anak yang tak kahwin lagi ni, memang tidak boleh lari dari posing depan kamera ! Harap muka tidak komersil malah jauh sekali nak menepati standard Siti Nurhaliza, kalau tidak, nah, dalam sebulan je sepuluh magazine aku jadi cover girl yaw !

Oke Fine !

dslr ?
Belum mampu lagi. Dulu semedang je rembat abang punya. Sekarang abang sudah jauh dari mata. Kena fikir macam mana nak ada dslr sendiri. Berjimat cermat kata kau ? Itu lah perkara paling sukar dalam hidup aku. Lebih sukar dari cari parking depan bank waktu peak hours. You got me ?

 
Oh.

Dslr bukan benda pelik lagi. Ia adalah benda yang sangat common. Cuma agak renyah nak mengusung ke sana ke mari sebab dia berat. Lagi tension kalau time shopping bawak dslr, memang silap besar !

Okeh. Ni macam permulaan untuk blogging. Nanti sambung lagi.
Okey bye.

Friday, June 17, 2011

Sales

I usually hate sales people with the reasons of I don't know why !
They stand and wave their hand in lrt station and I just gave them a very arrogant face of mine.
Dang ! Dulu I memang kurang berbudi bahasa. 

But now, Allah teach me another lesson.
Allah drives me and my wonderful destiny to be a sales person.
I hate it ! I hate it ! 
Damn, I hate it !

But Allah make me say yes when the company offered me to be a travel consultant in Sales and Marketing. I just don't know how it happened and I have no idea why I accepted it. LOL.
I try to love my job. I hope I can.
Ya Allah, please don't leave me.
I want to be a wonderful sales person that the industry ever have.
WOW !
(besar gila cita-cita) haha


Tuesday, April 26, 2011

15 makanan larangan

Memetik :

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

" Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal "


Sumber : Berita Harian




Kata Kami :

Hari sekolah jaga makan bukan main, hari minggu tibai balik macam-macam. Patut kawal sekali yang dekat kedai-kedai nun. Dietary Class patut boleh masuk dalam silibus sekolah sejak dari tadika.

Masa kanak-kanak lah waktu untuk makan segala jenis makanan tanpa perlu fikir nak diet apa semua. Dah meningkat remaja, sendiri akan sedar. Sebab tu lah pentingnya english education. Ngeh2x.

## semua jenis makanan yang disertakan dengan permainan ??? . Ding Dang, Tora dan Jumbo. Rugi weh tak merasa. haha

Tuesday, February 15, 2011

Dream

I dream lots of wonderful things

  • Dream wedding in 3 different location (Though its membazir gila, no one want to be miskin in dreaming)
  • Dream car that I drive by my own, a good plat number !
  • Dream house. I have a very big 'nafsu' and taste of having my own house. I used to draw it since I was kids. Draw me house !
  • Dream wardrobe/closet. I always dream to have a huge wardrobe to store all my cloths, shoes, handbags, tudung, accessories. As huge as cloths factory ! haha
  • I can shop without thinking balance of money that I have and money is no more issues in my life.
  • I have no debts. No one chase me for debts. 
More...More...More...

I'm not wasting my time for dreaming it.
It was just dreams that will fade after I wake up.
It's good to have dream.
Though you may be impossible to achieve it,
To dream it, cost you nothing !

Friday, February 11, 2011

I want a life that I love

Soon, everything will change.
No more busy of assignments.
No more laugh with friends till late at night.
No more nervous situation in dealing with bundle of datelines.
No more hanging around in pasar malam that I love.
Lot's of things will go away. Left behind and fade forever (maybe).

I love it here.
I love them now and forever.
I used to hear them laugh besides me and I know it will over !

That will bring tears.
I want a life that I love.
Allah grant me chances just for me to have
a wonderful life with all of them.
Friends that I love. 

In return, I hope they feel the same way too.

Pillow Case

you ; My new hobby, make a cute pillow case.

me : * drooling eyes *

me : I want something in pink and blue, match together. May be a small and cute pillow wit a crown illustration on it "

you : I don't make pillow. I make pillow case.

me : Pillow case is what I meant.

you :  Ok, I'll try.

me : Cool ! . Why there's no 'hahaha' in your sms? Stress eh?

you : Tak lah... hahaha


 This is from google !

I wonder how it looks like. I hope he draw a queen crown, not a king crown. Doesn't matter. King also can. Damn, I love it ! He is so damn suwittt sometimes but so damn jerk in some other time.

excuse me, HE ?

yes. HE. 

:D




Tuesday, February 8, 2011

A call

I put my ego in a very first place of the way I think of him.
I have to.
Though I know I supposed not to.
But who cares.
He don't even cares.

Sometimes, I keep telling my self to admit
that Marilyn Monroe was right when she said:

If you can't handle my at my worse,
You don't deserved me at best.

That is true.

This evening I received a call from you
but with all strength that I have
I refused to answer.
I won.

I think I won.
haha

#faizliana


From Online to Offline

This is not a beginning.
This is just a transferring.
From a previous me to a future that I wanna be.
I love my past.
But I'm in love with my future.

From online to offline.
That is me !