Thursday, May 24, 2018

Ramadhan 2018

Alhamdulillah. Hari ni sudah hari ke 7 Ramadhan.

Pada Ramadhan tahun ini, saya tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia memandangkan sudah berada di tahun akhir pengajian. Jadi, saya berpuasa di Glasgow sahaja bersama-sama housemate, Yus.

InshaAllah dipenghujung Ramadhan nanti, suami tercinta akan datang dan tinggal dengan saya di sini sehinggalah saya tamat pengajian. Terima kasih suami yang sangat memahami.


Pada bulan Al-Quran ini, seperti tahun-tahun sebelumnya saya berhasrat untuk khatam Al-Quran. Puasa di Glasgow adalah sangat panjang. Lebih kurang 19 - 20 jam. Tetapi memandangkan sudah tahun ketiga saya disini, saya anggap berpuasa lama ini sebagai satu peluang untuk menambah amal ibadah dan lebih panjang masa yang ada untuk membaca Al-Quran. InshaAllah.

Cuma mencabar jugak lah bila berada di office, di kelilingi oleh masyarakat bukan Islam. Masuk office pagi-pagi je dah bau coffee. Heeee menduga betul! 

Saya cuba untuk menyusun waktu dengan betul supaya tidak terlalu terasa puasa yang panjang ini. Kalau tidak, keinginan untuk pulang ke Malaysia serta-merta pasti segera datang. Hehe 

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan dipermudahkan semua urusan harian kita. InshaAllah. 


Liana
Ramadhan ke-7
Glasgow
United Kingdom