Tuesday, March 8, 2016

Muslim Philanthropy

Minggu lepas, hantar first write up kepada supervisor_kacak. Beberapa hari selepas itu, kami aturkan pertemuan untuk review semula penulisan saya yang entah apa-apa tersebut. Line by line dia betulkan. Tersangat gigih. Tak pernah jumpa anyone like him. Dah la betulkan line by line, dia read out loud my writings. One by one. Sampai habis 3000 perkataan. Hingga pertemuan tersebut berakhir selepas dua jam. Lama gila! Saya tengok dia menguap beberapa kali. Saya sendiri naik bosan. Dia boleh pulak habiskan explanation. I was truly impressed! Syukur Ya Allah, masih ada manusia yang begini gigih.

Sungguh, review tersebut menyuntik semangat luar biasa untuk saya menjadi lebih kuat untuk menulis thesis phD. Sukar memang sungguh sukar. Allah saja yang tahu. Nak mengadu pada orang, belum tentu orang faham. Makanya mengadu pada Allah saja. Huuuuhu.

Lebih menarik dari ini, dalam paragraph terakhir penulisan, saya selitkan mengenai Islam. Mengenai sadaqah, zakat dan musafir. Tetiba supervisor_kacak tertarik dengan topik tersebut dan beliau meminta saya menulis dengan lebih details. 

Lalu, saya cuak. 
Haha

Cuak la nak menulis tentang Islam. Kita tak boleh sembarangan tulis. Islam itu terlalu suci untuk ditulis mengenai perkara-perkara yang tidak pasti. Maka saya bermula dengan sangat buntu hendak menulis bagaimana. Lama termenung dan mencari jalan. 

Masih mencari jalan keluar dari kebuntuan ini. 
Semoga Allah bantu. 

Amin.