Wednesday, February 25, 2015

Ingatan Di Kembalikan Semula

Bismillahirrahmanirrahim.

25022015

Sesungguhnya, ingatan aku tentang wujudnya blog ini telah diambil pergi selama dua tahun. Melihat kepada posting terakhir, it was 2012 and i was like, huh???

Rupanya aku telah lupa bahawa aku pernah memiliki produksi mimpi ini. Wallaweii,.. hilang ingatan tahap serius ney. Apakah yang telah berlaku selama dua tahun ini? Allahuakbar.

Aku sebetulnya punya rasa mahu menulis yang sangat menebal dalam diri pada ketika ini. Sementelahan lagi, aku sewajibnya telah usai menulis proposal PhD ku tetapi sampai saat ini masih belum selesai tak tahulah apa masalah yang susah betul nak menulis. Allahurabbi.

Makanya, aku doakan semoga ini menjadi titik permulaan yang membuka lembaran baru dalam kerjaya penulisanku. Ya, antara sifat kerjaya hakikiku adalah menulis. Menulis dan mengubah dunia melalui penulisan. Itulah yang sewajarnya sedang aku kerjakan. Subhanallah. Maha suci Allah, Pemilik segala Ilmu Pengetahuan yang ada dilangit dan dibumi.

Semoga diberikan kelancaran bagi sesuatu yang aku usahakan untuk hasil yang bermanfaat kepada sekalian alam. Jazakallah.

Ayuh, lengkapkan penulisan, cemerlangkan pemikiran.