Thursday, May 24, 2018

Ramadhan 2018

Alhamdulillah. Hari ni sudah hari ke 7 Ramadhan.

Pada Ramadhan tahun ini, saya tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia memandangkan sudah berada di tahun akhir pengajian. Jadi, saya berpuasa di Glasgow sahaja bersama-sama housemate, Yus.

InshaAllah dipenghujung Ramadhan nanti, suami tercinta akan datang dan tinggal dengan saya di sini sehinggalah saya tamat pengajian. Terima kasih suami yang sangat memahami.


Pada bulan Al-Quran ini, seperti tahun-tahun sebelumnya saya berhasrat untuk khatam Al-Quran. Puasa di Glasgow adalah sangat panjang. Lebih kurang 19 - 20 jam. Tetapi memandangkan sudah tahun ketiga saya disini, saya anggap berpuasa lama ini sebagai satu peluang untuk menambah amal ibadah dan lebih panjang masa yang ada untuk membaca Al-Quran. InshaAllah.

Cuma mencabar jugak lah bila berada di office, di kelilingi oleh masyarakat bukan Islam. Masuk office pagi-pagi je dah bau coffee. Heeee menduga betul! 

Saya cuba untuk menyusun waktu dengan betul supaya tidak terlalu terasa puasa yang panjang ini. Kalau tidak, keinginan untuk pulang ke Malaysia serta-merta pasti segera datang. Hehe 

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan dipermudahkan semua urusan harian kita. InshaAllah. 


Liana
Ramadhan ke-7
Glasgow
United Kingdom



Monday, April 30, 2018

Kilt Walk - Glasgow 2018

Assalamualaikum and Hello!

29th April 2018. 

I was approached by Arnida to join the Kiltwalk to replace her husband that have to leave for work on that day. I'm all excited. Not only because it's my first time but the experience to wearing kilt itself is more interesting. So AJ need to bring along her son and ya, she must need some help since it's going to be her first time outside without husband. 

Lokasi : Moss 'O Balloch Country Park, dekat area Loch Lomond. Ada jetty untuk naik ferry ke Loch Lomond. Haih. Boleh pegi lagi next time!

Kitaorang gerak awal pagi. Dalam pukul 8 pagi AJ dah datang pickup kat rumah. Lepas tu Duan drop kitaorang dekat Queen Street Station. Lepas tu baru perasan yang sebenarnya kena naik dekat Glasgow Central Station. Adoila! Aku la ni. Tak check betul2. Dah terpaksa menapak bersama Umar Yusuf dan Aj. Nasib baik tak jauh. 

So kitaorang naik train menuju ke Balloch. Return ticket sebab guna student card, dapat GBP4 je. Murah wei. boleh pegi lagi. Haha

Enjoy the pictures!


Siap dapat medal lagi. Hehe




Para peserta

One of the pitstop. Balloch Castle

Before the walk
So apa yang bestnya dengan Kiltwalk ni?

1. Sebab boleh pakai Kilt. Hehe
2. Teruja dengan cara mereka organize this event. Simple tapi saaaangat happening! Semua orang bersemangat dengan larian ni. Suruh tepuk dorang tepuk. Suruh menari dorang menari. 
3. Macam-macam kategori peserta. Rata-rata yang join ni mewakili NGO masing-masing untuk kumpul macam-macam jenis dana untuk disumbangkan kepada orang yang lebih memerlukan. 
4. Disertai oleh pelbagai lapisan umur. Yang pakai wheelchair, yang pakai tongkat, atok-atok, opah-opah, kanak-kanak, babies, remaja. Semualah! 
5. Dapat macam-macam merchandise. Ada jugak disediakan food. 
6. Yang paling impressed, Kiltwalk ni berjaya mengumpulkan sebanyak 2 Million Pound. Perghhhhh! 

Overall, Kiltwalk ni memang antara pengalaman yang tak kan dilupakan sepanjang tinggal di Scotland ni. 

Harap dapat bawak Faiz pulak pegi next Kiltwalk. Dia tu dah teruja sangat tu nak berjalan pakai Kilt. hehe

Sekian. 

Liana
Glasgow
United Kingdom






Sunday, April 15, 2018

Juicy Lucy's - Halal Food in Glasgow

Assalamualaikum wbt.

So today I'm so keen to try the Juicy Lucy's, one of the halal restaurant in Glasgow. Dengar cite burger dia best, so after a long walk (from Alexandra Park to Glasgow Green), oh I went to GOMA and People Palace as well (both are museum), I made myself a visit to this restaurant.


Inside the Juicy Lucy's

And here's the food. I ordered just an ordinary cheese burger with strawberry cheesecake smoothie. 



Can't remember the name of this. Something like Narcos Fingers or I don't know. Sorry. 


Strawberry Cheesecake Smoothie. 


A homemade cheeseburger

Alhamdulillah. Kenyang. Recommended! InsyaAllah next time boleh datang lagi. 

Disebabkan hari ni berjalan dengan agak banyak, my pedometer menunjukkan peningkatan mendadak ke 11,432 steps. Wohooo. Satu peningkatan. InshaAllah akan diusahakan semoga semakin banyak berjalan. Walaupun selepas berjalan dengan banyak, burger yang dimakannya. hehe 

Sekian. 

Liana Raja Omar
Glasgow, United Kingdom


Friday, April 13, 2018

First analysis : Netnography

Assalamualaikum wbt & Good day.

My Phd is still in progress. What kind of progress? only Allah knows.
So tonight I bring home my transcripts, planning on doing it manually instead of using Nvivo from the desktop at my office. I hate the fact that I have to keep changing my working habits. Sometimes I would prefer to work from home, library, coffee shop and rarely at the office desk. Never mind. As long as I keep doing my work.


Work of the night. 

I'm doing Netnography qualitative analysis as for my first stage of data collection. I'm not sure how rich will my data be, but let's hope for the best. Hard work will finally pays off rite?

Best, 

Liana
Ballindalloch Drive
Glasgow




Wednesday, April 11, 2018

Daffodils the Darling

Assalamualaikum. 

So today one of the photo from my Instagram has been featured in our university's IG. Heeee  *so proud*. 

Sebenarnya dah lama tak de meluangkan masa untuk edit gambar. Kalau dulu, laju je. Sekarang ni padahal semuanya dah makin canggih. Excitement pulak yang semakin kurang. Haih la. 

Okeh. Bunga kuning cantik ni namanya Daffodils. Bila Daffodils ni dah mula banyak, itu tandanya musim Spring sudah bermula. Saya tak pasti di negara empat musim yang lain macam mana tapi, Daffodils inilah permulaan peralihan musim dingin ke musim bunga! *tulis ni pun rasa berbunga-bunga hati sangat dah*. 

Bersama-sama Daffodils ni selalunya muncul juga bunga-bunga Daisy. Kemudian nanti akan disusuli dengan Cherry Blossom. Ya Allah, can't wait!



Therefore, I took more photos using Daffodils that I have in my house. Check it out! 
Spring is finally here. Let's pray for more sunny days to come. 






Syukur Ya Allah. 

Untuk musim dingin yang telah Engkau gantikan dengan suhu hangat dan lebih menenangkan ini. Syukur Ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, dapat berkongsi nikmat ini bersama hambaMu yang lain. Semoga Daffodils yang cantik ini, menyuntik hari-hari cantik juga untuk kalian semua. 

Allahummaamin. 

Sekian. 

Liana
Ballindalloch Drive, Glasgow
United Kingdom.


Tuesday, March 27, 2018

Long Lost Blog

Assalamualaikum.

I was so busy with my life, love and thesis. 
Tak siap-siap lagi penulisan thesis ni. 
Walaupun masih ada masa, tapi tak tahu lah 
masa yang ada tu cukup ke tak sebenarnya. 
Hu!

Nervous kan. 
Sepanjang buat Phd ni, kita akan sentiasa
rasa nervous. Selalu demotivated. Selalu takut. 
Selalu tak yakin. Selalu rasa nak give-up. 

Orang cakap semua ni normal, and part of the process. 

True!

Tapi setiap process yang dilalui tak sama. 
Tiap ketakutan yang dirasai juga tak sama. 
Kita kadang-kadang rasa kita lemah, 
tapi orang lain pandang itu kekuatan kita. 
Pada hal yang kita rasa itu kekuatan kita, 
orang lain kata itu kelemahan kita. 
and kita akan rasa tak fit dengan situasi. 
Ataupun sebenarnya kita sedang melemahkan diri sendiri. 

I guess we don't surrender to our own fear. 

Baik. 

Cuba lagi. 

Semoga bila tiba masanya, phd ini akan habis jua.
Banyak lagi benda lain yang nak ditulis selepas habis phd nanti. 

InshaAllah. 

Belanja gambar sikit. 

My first two photos of Glasgow, 22nd November, 2015. 

Fuh! Time flies. *nangis*


St. Mungo, Townhead. Rumah Jannah. 

The River Clyde. 


Ballindalloch Drive, Glasgow. 
Liana. 
#traveliana_ #lifeinglasgow 






Friday, January 26, 2018

Resah Menanti Jodoh?

Assalamualaikum wbt. 

Resah menanti jodoh?

Semoga artikel ini dapat memberikan anda manfaat.

Jodoh saya juga tidak datang awal. Pernah melalui exactly apa yang korang tengah rasa pada ketika ini. Clueless yang amat sangat bila cakap soal jodoh. Pada waktu tu, nak baca penulisan macam apa yang saya tengah tulis ni memang malas, menyampah, pastu siap cakap dalam hati ‘kau takpe la, dah jumpa jodoh’. Pastu stress sendiri. Haha 

Ye saudari. InshaAllah, kalau Allah bagi izin, satu masa nanti, saudari pun akan tulis exactly apa yang saya tengah tulis sekarang. Bakal mengakui kebenarannya. Dan serius la. Tolong percaya. 

Tak tenang kan. Keliling kita orang dah beranak pinak. Yang dah beranak pinak ni pun satu hal jugak. Kurang sensitif. Kita yang single ni dipandang macam takde value in life, eh hello?. Lepas tu nak cakap pasal pam susu, paling muka kelain, cakap dengan geng dah kahwin je dan macam-macam lagi lepas tu cakap ‘kau belum kahwin, kau tak yah tahu’. Eh eh. Biasa dia! And yes. It happened.

Eh jap. Ni lain dengan contoh korang tengok orang upload gambar mereka dengan pasangan/anak-anak lepas tu korang stress. Tu memang masalah korang sendiri sebab tak reti nak berbahagia dengan kebahagiaan orang lain. Yang saya cakap tadi adalah tentang masyarakat yang kurang sensitif dan yang tercedera adalah kita. Gitew. 

So what happened?

Alhamdulillah, waktu itu saya diberi kelapangan dada oleh Allah (S.W.T) supaya jangan lagi gusar tentang jodoh yang lambat tiba melalui iktibar dari kapal terbang MH370 yang tiba-tiba hilang. Walaupun takde ahli keluarga yang terlibat, tapi macam yang saya cakap tadi, Allah bagi ilham, datang satu rasa takut, satu rasa sedar yang luar biasa pada waktu itu yang buat saya terfikir. 

Termenung panjang mengenangkan kapal terbang yang tiba-tiba hilang and I was like ‘hibanya mereka, Allah ambil orang yang mereka sayang sekelip mata je. Memang tak boleh imagine macam mana perasaan mereka. (Yang aku ni nak sedih pasal jodoh lambat datang je pun). Waktu tu saya sedar satu hal yang sangat penting bahawa betapa hidup kita ni tersangatlah Allah yang punya. Dia bagi dan Dia boleh ambil bila-bila masa je. Kalau Dia nak tulis hidup kita ni tanpa jodoh, maka tiada lah jodoh kita. Sebab kita ni kepunyaan Dia. Totally kepunyaan Dia. Apa je daya yang kita ada? 

Dari situ datang tenang. Takde lagi gusar. Kalau Allah izinkan untuk ada jodoh, ada lah. Kalau takde, takde lah. Padahal, semua benda yang kita dapat (hatta untuk memiliki handbag sebijik pun) adalah dengan izin Allah. So, jangan sedih saudari. Jangan bimbang. Kita ni orang beragama. Cakap banyak-banyak kali dengan diri kita. CUKUPLAH ALLAH BAGIKU. Yang sudah pasti membahagiakan, yang sudah pasti tidak akan mengecewakan. InshaAllah. 

Tapi nak kawennnnnn. 

Ye saudari. Sape tak nak kawen. Yang cintakan kaum sejenis pun nak kahwin, apatah lagi kita yang straight ni. Gitew 

Mulai hari ni, sebut kuat-kuat dalam hati ‘CUKUPLAH ALLAH BAGIKU’. InshaAllah anda akan rasa benar-benar cukup. Lapang dan lega. Dan everything else akan jadi make sense. 

Lagi satu amalan, adalah mendengar dan mengamalkan ayat-ayat ruqyah. Setiap hari. Kita ni sifatnya lemah. Kita pun tak tahu kalau-kalau ada benda-benda tak baik yang mendekat dengan diri kita. Jadi, kita minta bantuan Allah melalui ayat-ayat suci Allah. 

Dan pesanan paling penting adalah, jodoh ni bukan soal siapa. Tapi soal masa. Tepat pada masa yang Allah izinkan, siapa pun dia, dialah jodoh kita. Jadi, doalah yang baik-baik. Allah dengar. Sekarang, bila dah kahwin dan bila reflect balik jodoh yang Allah bagi ni, memang benar. Itu lah hasilnya dari doa yang kita lantunkan beria-ria sebelum kahwin dulu. Jadi, karanglah doa yang betul dan terbaik untuk diri masing-masing. InshaAllah. 

Teringat bos saya duk melawak “Hari tu minta doa nak jodoh yang baik, Alhamdulillah Allah bagi yang terbaik tapi duduk jauh, PJJ pulak”. Agaknya kalau hari tu mintak jodoh yang baik dan dekat, sampai sekarang pun belum jumpa jodoh agaknya”. Haha 

Dah kahwin ni kena pakai doa lain la pulak . Hehe

Pokok pangkalnya. Setiap kesukaran yang kita lalui dalam hidup kita ni berkait rapat dengan hubungan kita dan Allah dan hubungan kita sesama manusia. 

Semoga bermanfaat. Ambil mana yang bermanfaat je okay. Yang tak bermanfaat, buang jauh-jauh. Saya tak pandai nak tulis best2. Sekadar termampu sahaja. Semua yang baik datang dari Allah. Yang buruk dan lemah adalah dari saya sendiri. 

Just my humble sharing. I'm no good. Cuma hamba Allah yang banyak khilaf.

Liana