Monday, August 15, 2011

Pulangnya Sirih ke Gagang

Merujuk kepada entri INI 

Berkat doa semua, akhirnya aku ditawarkan tempat bekerja
di negeri kelahiran aku which is 'tiada dalam kepala pun selama ni ! 'aiyomak ~



Jawatan ?
Biar lah rahsia. Eceh... Eceh.. poyo tak ? poyo tak ? haha
Tak yah la nak canang. Apa yang ada ni semua rezeki dari Allah Yang Maha Kuasa.
Juga ditambah pula dengan berkat doa dari kesayangan semua.
Alhamdulillah, syukur ! syukur ! syukur !

~ Pun begitu ...
  • Tetap rasa sedih nak tinggalkan KL. Tinggalkan kerja sekarang, tinggalkan kawan-kawan ofis, housemate (the siblings) and others.
  • Sedih nak tinggalkan segala kemudahan yang ada di sini yang sebahagian besarnya memang lah takde dekat sana. Tapi takpe.
  • No more movie hunting every weekend ! (takpe, tengok je dvd/astro first ~ huwaaa!)
  • Tak boleh merayap balik malam ~ which is good for me. Boleh duduk di rumah menempek bedak sojuk sampai roper antu kak limah. No more foods after Seven sebab kat rumah mak, memang tak makan malam. Supper lagi lah tak ! 
  • No more singgah KLCC after balik keja with no point of reason, tapi nak singgah jugak
  • Takde lagi dengan senangnya kawan-kawan serata alam mengajak datink di ibu kota dan dengan senangnya jugak bersetuju.
  • Takde lagi tetiba rasa nak pegi Singapore, terus heret Nadia Kay naik train pegi Singapore, kuranglah kuasa merayap ! o-Man. 
  • No more blogger ghatering (eceh ceh, macam pernah join.. ahaha)
  • Banyak lagi lah benda yang tak termampu nak disenaraikan dan membuatkan rasa sedih tiba-tiba.

However, way from that,

Sedang bertabah hati dan menerima apa sahaja takdirNya yang Maha Esa. Kat mana pun aku tercampak untuk berbakti, maka berbaktilah aku selagi diberi kudrat pada tulang empat kerat ni. Semoga dipermudahkan semuanya. 

Nama je orang Kelantan, tapi aku tak pernah kerja kat sana walaupun sekali
dan ini kali pertama. Semoga lancar segala-galanya.

Berat hati masih ada. Semoga masa meneutralkan semua !

.... dan aku sebenarnya nervous !

Thursday, August 4, 2011

RM 250 - a day in Singapore

Yes, it cost you only RM250 and it can be less ! just to be in Singapore and get Singapore chop on your passport ! (Bagi yang tak pernah pegi dan berhajat gila nak try masuk Singapore). 

Do it this way  :

Tiket (pergi) Sabtu malam.
KTM Sinaran Sutera (N25) : KL Sentral - Woodlands | depart : 2300 arrive : 0635
RM46 (Lower Bed)

  p/s :  untuk pilihan lain : RM40 (Upper Bed) , RM68 (biz. class seat) , RM34 (eco. class seat)

Tiket (balik) Ahad petang.
TRANSNASIONAL : Hentian Lavender Street - Terminal Bersepadu Selatan | depart : 1700 arrive : 2000
RM 57.40

Aku sengaja ambik train yang tempat tido ni untuk keselesaan. Lagipun kalau naik bas, harga dia lebih kurang je dengan harga tempat tido bahagian bawah ni. Lepas tu kalau naik bas, kita mungkin akan sampai awal gila (around 4.30-5.00 am). Makanya, baik naik train pastu sampai ngam-ngam dah cerah tanah. Tak yah nak tersengguk-sengguk kat stesen bas awal-awal pagi. Lagipun, dalam train ada surau, nak solat subuh senang. Kalau naik bas, dah turun nanti tak tau pulak nak solat kat mana. Al maklumlah. First timer katanya. Okey, sambung..

Masa balik naik bas ajelah. Kalau naik train malam, takut sampai lambat. Isnin nak keja kan !.

Perjalanan :

Woodlands Train Check Point
Masa kat Imigresen, nanti dia akan tanya datang berapa orang, nak pegi jalan-jalan kat mana apa semua. Jadi make sure korang tau arah tujuan. Kalau tak tau, sila google sikit pasal Singapore sebelum bertolak. Kalau aku, aku cakap.. nak jalan-jalan dekat Marina Bay. 

MRT Woodlands
Keluar dari Woodlands Trains Check Point tu, dekat sebelah kanan akan ada hentian bas yang akan membawa korang ke Stesen MRT berdekatan. Ada 3 stesen MRT terdekat (Boleh check dekat SMRT website untuk maklumat lebih lanjut ye !) ~ Aku dan Nadia (eh, lupa nak cakap.. aku ke Singapore with my besties merangkap travel mate, Nadia Kay) . Okey, kami ambil