Saturday, December 10, 2016

Hantaran dan Kasih Sayang

Assalamualaikum wbt. Salam kasih sayang.

Makanan dan manisan menjadi keutamaan dalam menetapkan barang-barang hantaran kami. Dari awal lagi, saya menolak untuk diberikan hantaran handbag atau kasut mahupun barang kemas. Cukuplah saling bertukar makanan dan manisan untuk sama dirasai oleh seisi keluarga. 

Bunga-bunga segar menghiasi dulang hantaran merupakan hadiah khas dari dua orang sahabat baik saya, Liza dan Akmal. Manakala barang-barang hantaran sebahagiannya juga adalah dari sumbangan rakan-rakan HSS dan ahli keluarga. Allahu. Saya akan kenang ini semua hingga ke akhir hayat. Bertungkus lumus mereka membantu memastikan majlis saya berjalan lancar. 










Ini daripada pihak saya kepada Faiz. Yang daripada Faiz kepada saya, takde pulak gambarnya. Apapun semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. 

Kenapa makanan dan manisan?

Saya berpendapat, hantaran ni sebaiknya dibahagikan kepada sesama ahli keluarga yang dah banyak membantu majlis kita. Lagipun perkahwinan bukan sahaja menyatukan suami dan isterinya tetapi kedua-dua keluarga juga kan? 

InshaAllah, selepas kahwin suami masih boleh belikan handbag dan kasut untuk isterinya kan? haha

Sekian. 


Faiz dan Liana
Pasir Puteh, Kelantan 


Married to Faiz

Assalamualaikum and Heiya (Glasgow style).

Quite sometimes. But i come back to include one of the most important events in my life, my wedding. Alhamdulillah, i am married to my BFF, Faiz on 10th December 2016.


#faizliana

Syukur. Alhamdulillah. Everything went well for both side in Kelantan and Kedah. We have the chance to meet family and friends from all over the country, even one of my student in Vietnam managed to attend. We were so happy and still counting my blessing. Syukur. We were busy with many things. I have a very short time in Malaysia and husband need to comply with lots of work before we went for our honeymoon vacation. Alhamdulillah. 

I am a wife now. Everything is so different. But i hope everything will be fine. InshaAllah. Have faith. Allah with us.