Sunday, March 29, 2020

MALAYSIA STAY AT HOME #DUDUKRUMAH


STAY HOME. STAY SAFE. LET'S BREAK THE CHAIN. 

Ini cabaran baru untuk tahun 2020 ni. Tahun 2020 yang tidak pernah kita bayangkan. Tahun ini tahun yang paling perit untuk semua. Tidak hanya kita di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Di saat angka kematian akibat Covid-19 telah lebih 25,000 orang di seluruh dunia, penawar atau vaksin untuk virus ini belum lagi ditemui. 

Susah hati. Semua susah hati. Baik orang susah, homeless, penjawat awam, menteri-menteri mahupun kerabat diraja, semua dibayangi ketakutan, resah memikirkan bagaimanakan bentuk masa hadapan selepas berakhir Covid-19 ni. 

Stay at home memang sukar. Tetapi itu sahaja jalan yang dapat melindungi kita daripada dijangkiti penyakit ini. Allah yang Maha Melindungi, Lindungilah kami semua. Sesungguhnya kami lemah dan tiada berdaya. Allahuakbar. 


No comments:

Post a Comment