Friday, January 26, 2018

Resah Menanti Jodoh?

Assalamualaikum wbt. 

Resah menanti jodoh?

Semoga artikel ini dapat memberikan anda manfaat.

Jodoh saya juga tidak datang awal. Pernah melalui exactly apa yang korang tengah rasa pada ketika ini. Clueless yang amat sangat bila cakap soal jodoh. Pada waktu tu, nak baca penulisan macam apa yang saya tengah tulis ni memang malas, menyampah, pastu siap cakap dalam hati ‘kau takpe la, dah jumpa jodoh’. Pastu stress sendiri. Haha 

Ye saudari. InshaAllah, kalau Allah bagi izin, satu masa nanti, saudari pun akan tulis exactly apa yang saya tengah tulis sekarang. Bakal mengakui kebenarannya. Dan serius la. Tolong percaya. 

Tak tenang kan. Keliling kita orang dah beranak pinak. Yang dah beranak pinak ni pun satu hal jugak. Kurang sensitif. Kita yang single ni dipandang macam takde value in life, eh hello?. Lepas tu nak cakap pasal pam susu, paling muka kelain, cakap dengan geng dah kahwin je dan macam-macam lagi lepas tu cakap ‘kau belum kahwin, kau tak yah tahu’. Eh eh. Biasa dia! And yes. It happened.

Eh jap. Ni lain dengan contoh korang tengok orang upload gambar mereka dengan pasangan/anak-anak lepas tu korang stress. Tu memang masalah korang sendiri sebab tak reti nak berbahagia dengan kebahagiaan orang lain. Yang saya cakap tadi adalah tentang masyarakat yang kurang sensitif dan yang tercedera adalah kita. Gitew. 

So what happened?

Alhamdulillah, waktu itu saya diberi kelapangan dada oleh Allah (S.W.T) supaya jangan lagi gusar tentang jodoh yang lambat tiba melalui iktibar dari kapal terbang MH370 yang tiba-tiba hilang. Walaupun takde ahli keluarga yang terlibat, tapi macam yang saya cakap tadi, Allah bagi ilham, datang satu rasa takut, satu rasa sedar yang luar biasa pada waktu itu yang buat saya terfikir. 

Termenung panjang mengenangkan kapal terbang yang tiba-tiba hilang and I was like ‘hibanya mereka, Allah ambil orang yang mereka sayang sekelip mata je. Memang tak boleh imagine macam mana perasaan mereka. (Yang aku ni nak sedih pasal jodoh lambat datang je pun). Waktu tu saya sedar satu hal yang sangat penting bahawa betapa hidup kita ni tersangatlah Allah yang punya. Dia bagi dan Dia boleh ambil bila-bila masa je. Kalau Dia nak tulis hidup kita ni tanpa jodoh, maka tiada lah jodoh kita. Sebab kita ni kepunyaan Dia. Totally kepunyaan Dia. Apa je daya yang kita ada? 

Dari situ datang tenang. Takde lagi gusar. Kalau Allah izinkan untuk ada jodoh, ada lah. Kalau takde, takde lah. Padahal, semua benda yang kita dapat (hatta untuk memiliki handbag sebijik pun) adalah dengan izin Allah. So, jangan sedih saudari. Jangan bimbang. Kita ni orang beragama. Cakap banyak-banyak kali dengan diri kita. CUKUPLAH ALLAH BAGIKU. Yang sudah pasti membahagiakan, yang sudah pasti tidak akan mengecewakan. InshaAllah. 

Tapi nak kawennnnnn. 

Ye saudari. Sape tak nak kawen. Yang cintakan kaum sejenis pun nak kahwin, apatah lagi kita yang straight ni. Gitew 

Mulai hari ni, sebut kuat-kuat dalam hati ‘CUKUPLAH ALLAH BAGIKU’. InshaAllah anda akan rasa benar-benar cukup. Lapang dan lega. Dan everything else akan jadi make sense. 

Lagi satu amalan, adalah mendengar dan mengamalkan ayat-ayat ruqyah. Setiap hari. Kita ni sifatnya lemah. Kita pun tak tahu kalau-kalau ada benda-benda tak baik yang mendekat dengan diri kita. Jadi, kita minta bantuan Allah melalui ayat-ayat suci Allah. 

Dan pesanan paling penting adalah, jodoh ni bukan soal siapa. Tapi soal masa. Tepat pada masa yang Allah izinkan, siapa pun dia, dialah jodoh kita. Jadi, doalah yang baik-baik. Allah dengar. Sekarang, bila dah kahwin dan bila reflect balik jodoh yang Allah bagi ni, memang benar. Itu lah hasilnya dari doa yang kita lantunkan beria-ria sebelum kahwin dulu. Jadi, karanglah doa yang betul dan terbaik untuk diri masing-masing. InshaAllah. 

Teringat bos saya duk melawak “Hari tu minta doa nak jodoh yang baik, Alhamdulillah Allah bagi yang terbaik tapi duduk jauh, PJJ pulak”. Agaknya kalau hari tu mintak jodoh yang baik dan dekat, sampai sekarang pun belum jumpa jodoh agaknya”. Haha 

Dah kahwin ni kena pakai doa lain la pulak . Hehe

Pokok pangkalnya. Setiap kesukaran yang kita lalui dalam hidup kita ni berkait rapat dengan hubungan kita dan Allah dan hubungan kita sesama manusia. 

Semoga bermanfaat. Ambil mana yang bermanfaat je okay. Yang tak bermanfaat, buang jauh-jauh. Saya tak pandai nak tulis best2. Sekadar termampu sahaja. Semua yang baik datang dari Allah. Yang buruk dan lemah adalah dari saya sendiri. 

Just my humble sharing. I'm no good. Cuma hamba Allah yang banyak khilaf.

Liana