Thursday, December 31, 2015

A day before 2016

In the library.

Still struggling to write something on my free writing assignment. It seems so hard I just don't understand why. Why it is so hard to write something, academically? I am worried, frustrated, helpless and drowning. But I can't stop. I take this as a lesson. A good lesson not to give up. Not even a pieces. 

2015 has been;

1. My limit has been tested. It was really a tough time when I received so many rejection from so many universities in the UK. I'm almost give up at that time. I wanted to quit and escape from everything. I cried every time I went home. I sleep with tears. Nonetheless, Allah shows me, prove me that hard work forever pays. Yes. It was a real hard work. I have no regret. 

2. House. I finally owned a house. Not a big house but enough. More than enough for me. 

3. Zauj. InsyaAllah. The grand proposal has been received with an open heart. InsyaAllah, i will try to give my very best to the relationship and I pray to Allah to ease everything; the wedding, the marriage and life after that. I can't promise much but i promise to always try my best for you and the future that we will live through. Amin.

4. Glasgow is an eye opener for me. I learn many things in here. InsyaAllah for another three years more.






This is Glasgow ketika berkelakuan baik. Susah nak jumpa good weather. Kalau dapat clear blue sky macam ni maksudnya mood dia tengah cantek la tu. Glasgow is sooo sejuk. Mungkin tak sesejuk Aberdeen. Tapi sejuk daripada London. Akibatnya, saya boleh pegi London lepas tu cakap panas. Ha,  kau tunggu bila balik Kota Bharu nanti panas dia macam mana. Haha

Selamat tahun baru. Tak tahu nak cakap apa untuk tahun 2016. But I believe in Allah. Trust HIM only.

* Ayuh ngedate bersama Mimi di Yo!Sushi.

Sekian.
Jumpa tahun hadapan.

#LianadiGlasgow





Tuesday, December 29, 2015

Christmas in London

Christmas in London is actually;






Krik...krik...krik...

Kosong. Tak sangka begini punya kosong.

Depa ni beraya dok rumah je barangkali. Tak ku jumpa manusia di shopping mall apa semua. Memang tutup terus. Betapa berbezanya dengan tempat kita. New experience and totally beyond my expectation.

Will blog about London lagi in the next entry. I love London. Basically.

Ok bye.

Liana. 



Boxing Day 2015

26 December 2015 - Boxing Day in London. 

Aku tak pernah tahu wujudnya Boxing Day. 
Apatah lagi Black Friday and so on. 
Rupa-rupanya semua berkaitan dengan shopping. 
Kuat shopping jugak mat saleh ni rupanya. 
Kalau di Malaysia kita cuma kenal perkataan SALE je. 
Kat sini rupanya ada lagi bapak segala SALE. 
Black Friday dan Boxing Day. 

Join the crowd. 




See. Punya ramai manusia. Ibarat macam pergi Jalan TAR masa malam raya. Boxing Day ni berlaku pada 26 December, sehari selepas Christmas. Kalau kita kat Malaysia shopping sebelum raya, depa shopping lepas raya. Hairan kejap. Pergi la ke mana ceruk kedai pon semua ramai orang. Ada yang memang gila-gila punya sale, ada yang takde sale langsung, ada yang selected item. Tapi semua kejar nak bagi harga murah. 





Nasi dagang uols! (8.5G£) Sepanjang dekat London, tiap hari saya makan nasi. Pegi Malaysian Hall pun cari nasi. Pegi RASA ni pun cari nasi. Dasar perut Melayu. haha




Item yang sempat! Kalau kat Malaysia tak pernah shopping dekat Zara. Satu sebab harga, dua sebab tak de item yang menarik di mata. Tapi dekat sini memang banyak pilihan. Baru rasa macam canteknya yang tu! Canteknya yang ni!. Dua item di atas adalah sangat menarek hati dan harganya memang murah gila. MasyaAllah. Tak mungkin boleh dapat pada hari biasa, hanya di Boxing Day. Bagi saya, kalau nak shopping masa boxing day ni, pegi dekat branded item yang kita tak berapa mampu beli pada hari biasa. Tapi terpulanglah pada citarasa masing-masing. 

Demikian sudah laporan Boxing Day pertama saya di UK. Syukur. Balik Glasgow boleh berdiam diri dan puasa. Haha

Dateline assignment sudah begitu hampir. Ayuh mereput di khutub khanah, Andersonian Library namanya. 

Till we meet again. 

Sunday, December 27, 2015

Mak Ayah Ma Abah

Mak Ayah Ma Abah,

Anak-anakmu ini mahu menjadi yang halal kerana Allah.
Mahu sama-sama membina kehidupan yang Sakinah, Mawaddah, Warrahmah.
Mahu akhirnya nanti menjadi ibu bapa hebat seperti Mak Ayah Ma Abah.
Mahu sama-sama mencari redha Allah.
Mahu sama-sama menjadi muslim yang lebih baik.
Mahu sama-sama menyampaikan kebenaran atas agama Allah.
Mahu melahirkan zuriat yang taat pada agama, bangsa dan negara.
Mahu sama-sama memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik.
Mahu sama-sama mengharungi gelombang dan badai kehidupan.

Restuilah kami.

Kami tiada berdaya untuk meneruskan tanpa restu kalian.
Doalah yang baik-baik untuk kami.
Jika dulu kami pernah gagal, doakan lah kami untuk berubah.
Berubah menjadi lebih baik untuk Mak Ayah Ma Abah.
dan semestinya lebih baik kepada Allah dan Rasulullah.

Anak-anakmu ini lemah segala-galanya.
Terima kasih kerana membesarkan kami.
Sehingga Allah menemukan kami berdua.

tetaplah mendoakan kami.
Agar jatuh cinta kerana Allah.
Amin.

ChristmasEscape ~ London 2015



22-27 December 2015.

Glasgow - London - Glasgow
Megabus (GBP 34 - Return)

22.12.2015 
11.40 pm - Departed from Buchanan Bus Station, Glasgow. Heading to London for more than 9 hours of road journey. 

The route. Aku maintain tido sepanjang perjalanan. Celik-celik je dah sampai London.

Not bad. The long road trip by bus at night was not that bad. Asalkan awak pandai tidur jangan bangkit walaupun setengah jam kerna bakal menyesal menyedari perjalanan yang masih jauh berjam-jam yang harus ditempuhi. Chillax. Pegang ketat-ketat backpack and handbag anda, lalu mohon doa dari Allah moga dilindungi, lalu tidurlah. 

9.30 am - Tiba di kota London yang tak pernah muncul dalam impian. Allah punya ketentuan. Dijemput di Victoria Coach Station oleh rakan lama, jelitawan yang sudah lama dikagumi. Kak Ta. Orang nama rozita ni memang cantik dia lain maciam I tell you. 

Tower of London at the back. Beautiful. 23122015
Juga, percutian ini turut disertai Ayuni. Officemate yang datang dari Leicester. Kami bertemu di Stesen Jubilee, Canary Wharf sebelum meneruskan meneruskan percutian pendek ini. 

In the London Eye with Ayuni. 24122015
Quick escape, but we made it to the most. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Ta yang sudi menjadi host #LondonEscape kami. Hospitality yang begitu menyenangkan. Benarlah, hidup di luar negara melatih kita menjadi manusia yang lebih baik atau lebih buruk. Pilihlah untuk menjadi yang lebih baik, sesunguhnya tidak akan rugi dan akan dibantu Allah selalu. InsyaAllah. Aku juga mahu menjadi host yang baik jika ada yang sudi bertamu ke Scotland kelak. Itu azam aku. Semoga Allah izinkan. 

Tetap jugak cari public phone merah ni. Tipikal London shot. 24122015

London Eye, Westminster, London. 24122015

Serius cantek view dia! Thames River. 24122015

Favorite photo of the century. I captured this from London Eye. Matahari muncul lagi tajuk cerita ini. 24122015

The Gondola, London Eye. Tak terasa naik tinggi-tinggi sebab terlalu excited tengok view yang super cantek. Anyway, only 23 GBP for this amazing view. 24122015

Royal Albert Hall, London. Rakyat Malaysia akan kenal tempat ini dan Siti Nurhaliza! Hahaha 24122015

Kak Ta, our host. Selamat maju jaya dalam pelajaran kak. You are so amazing, undeniable anymore. Dah la bijak pandai, cantek pula. You ni masuk dalam category 'jarang-jarang anak Melayu' tau. Kipidap.  24122015

Another favorite photo of the century. Hungerford and Jubilee Golden Bridge. Hampir semua bridge kat London ni kami pegi. Semua bridge ada laluan pejalan kaki, dapat tengok view cantek from the bridge. Oh, why we don't have that kind of bridge...? 24122015

Rasa lega lain maciam setelah menulis artikel London ini sehingga tamat. Itu maksudnya satu move on yang bagus dalam hidup saya. InsyaAllah. 

Sebenarnya London Escape ini berlaku kerana terlalu mahu bercuti setelah hampir sebulan menjadi sejuk beku di Scotland sana. Terima kasih kepada Ayuni atas kesudian menjadi travel partner. Sayang awak lebihlah. 

Pulang menyambung kehidupan di Glasgow. 3 years more to go. I want to be happy and live the life to the fullest. InsyaAllah. 


*Siang tadi, boxing day. Sempat grab macam-macam dekat Zara. 

Ringkasan percutian London adalah seperti berikut:

Day 1 (22122015) - Glasgow to London (11.40pm - 9.30am)

Day 2 (23122015) - Tower of London; Malaysian Hall; Covent Garden Market 

Day 3 (24122015) - Big bang; London Eye; Hungerford and Jubilee Golden Bridge; Hyde Park; Royal Albert London; Malaysian Hall

Day 4 (24122015) - Christmas, Canary Wrafh Shopping Mall area

Day 5 (26122015) - Boxing Day, Stratford Shopping Area. 

Day 6 (27122015) - Bus to Glasgow at 12.30pm. Bye bye London. Till we meet again. 

Sekian percutian London yang bermakna ini. Semoga bertemu lagi. InsyaAllah. 

Liana. 

Monday, December 21, 2015

Sebulan Pertama

21 Disember 2015

Genap sebulan di Glasgow.
Selang beberapa hari aku akan throwback memori Malaysia.
Kemudian move on beberapa hari selepasnya.
Kemudian throwback lagi dan lagi.

In here, i enjoy walking so much.
Macam kalau tak jalan kaki setiap hari rasa tidak lengkap.
Seronok. Jalan jauh-jauh dan sejuk.
Mungkin aku tak perlu sign up gym.
Mungkin begini, dengan sendirinya aku bakal kurus. Walla!

Dua perkara yang paling menyesal tidak ku bawa dari Malaysia adalah;
1) Complete set of stationary
2) Shawl bebanyak.

*Serius patah hati.

Hari ini juga genap sebulan aku terima cincin lamaran.
Syukur ya Allah. Jika ini jodohku, maka permudahkan lah segalanya.
Sungguh, yang halal itu indah. Terlalu indah.

Keluarga kesayangan. *Rindu

Best of best friend.


Perpisahan ini cuma sementara. Semoga kita semua berada dalam perlindunganNya. Sungguh hari-hari yang berlalu tidak akan sama tanpa kalian di sisi. Namun, tidak lah saya berhenti, kerana ini amanah yang harus saya lunasi. Doakan saya di sini.

** Mengharapkan semangat yang kuat, serta tidak putus asa.



Sekian.


Townhead, Glasgow, 2015.


Sunday, December 20, 2015

Cepat

Aku mahu cepat.
Bukan kerana apa-apa.
Kerana aku bimbang.
Merinduimu itu buat aku tambah berdosa.

Kerana yang halal itu lebih indah, sayang.
Ayuh, segerakan.
Semoga Allah restu.
Semoga dipermudahkan semua.

Menuju sebuah kehidupan yang mahu aku sebut KITA.


Glasgow City Centre.
Petang yang lapar.

73 KG

Yes.
Aku bawa diri ke Glasgow dengan berat 73kg.
Berat yang paling berat sepanjang kehidupan.
Tidak pasti bagaimana boleh seberat ini.

Seingat aku, berat aku naik mendadak selepas berhenti atkins.
Dan juga selepas meninggalkan gym (sibuk bekerja punya pasal).

Yes. Naik mendadak dadak.
Bahaya.

Selepas buat atkins selama sebulan, I lost KGs.
Bergembira seketika.
Tapi, apabila aku mula stress buat proposal PhD,
Aku makan dengan luar biasa banyak.
Hidup bergembira dengan makanan pulak.
Dan seterusnya berat telah naik dan naik dan naik.
Hingga lah 73kg.

Itu cerita di Malaysia.

Sekarang sudah 4 minggu aku di Glasgow.
Disebabkan baaaanyak berjalan kaki,
Dan jumlah makanan yang masuk ke perut adalah sedikit,
Sebab kena masak sendiri,
Sebab makan buah dengan banyak,
Sebab tak tahan sejuk melampau,
Aku minum air honey lemon ginger hampir setiap hari.
And digestion system memang lancar gila.

Lalu, aku telah turun sebanyak 3kg.
Dan aku rasa cara macam ni lebih selamat.
Change your life style.
Bukannya dengan mengamalkan diet tertentu.

Kat sini aku jaaarang makan nasi.
I choose fruits and broccoli.
Dalam tu pun dah ada carbohidrate
Sesekali aku support dengan roti.

Aku bukan lah nak jadi kurus kering.
Tapi 73kg is overweight hokay!
And of course lah tak bagus untuk kesihatan
Kalau dah overweight.

So, let's get back in shape.
The normal weight of mine
Sebelum the past four years
adalah 52kg. Yes, itu berat biasa aku.
Bertahun-tahun dengan berat itu.

Hanya setelah menjadi pensyarah,
Aku makan dengan begitu banyak .
LOLs. Apa kaitan pun tak tahu.

Semoga penghijrahan saiz ini dibantu Allah.
Amin.

Ayuh, makan broccoli!

Wednesday, October 28, 2015

Percutian Pembelajaran

Akhirnya.
Doa saban tahun termakbul jua.
Doa yang terpilih untuk dimakbulkan pada tahun 2015.
Doa dari seantero kesayangan terutama mak dan ayah.
Doa dari keluarga dan saudara mara.
Doa dari sahabat-sahabat sejati mahupun kurang sejati.
Doa dari pelajar-pelajar yang suci jiwanya.
Doa dari sekalian mukminin dan mukminat yang tersembunyi.
Juga sekerdil doa dari diri sendiri.
Allahuakbar.

Maha Pemurah, Maha Penyayangnya sifat Allah itu.
Syukur. Seperti mahu rebah dan berlutut mengucap syukur.
Terus terusan mahu bersyukur.

Pun begitu.
Ini nikmat yang dikirim bersama cabaran dan dugaan.
Ya, tidak mudah kehidupan seorang pelajar PhD.
Tidak pernah aku dengar ada yang berkata mudah.
Lalu, aku juga akan melalui jalan yang sama.
Namun, tetap juga aku memohon agar dipermudahkan.
Permudahkanlah Ya Allah. Permudahkanlah walaupun tidak mudah.
Tetaplah mempermudahkan.
Amin.

28 Oktober, aku terima surat tawaran cuti belajar dengan penuh emosi.
Bercampur baur semuanya.
Datang bersama surat tawaran adalah sebuah lamaran.
Terpana dibuatnya.

Maka bermula lah percutian pembelajaran,
dan pengembaran anak kampung.
Dari White Sand (Pasir Puteh) to Glasgow #ws2gla
Universiti of Strathclyde, United Kingdom,
Serve me nice, serve me well, serve me sweet.
Rabbi Yaasir Waala Tuaasir.

Muka resah lain macam. Haha *AngkorWat,Cambodia

Thursday, September 10, 2015

The Angkor Complex

The Angkor Complex, November 2014


I love travel. I love to see new things. I love to be in a new place and do thing. I am an explorer (I think).

*ok, lets rephrase.

I love to buy souvenirs from different country and give it out to family and friends. I think I am generous and I always remember those who don't have the opportunity to travel with me, those who only stay at home and enjoy my photo while traveling. Am I generous? I think so.

I wish to travel around the world. Oh, I love the feelings of being onboard, fasten the seatbelt, watching the beautiful white sky and I love to smell the freshness from the spray in the aircraft (the smell of the flight attendance to be honest). Ah, not to forget, the moment when you got the stamp on your passport. Yes, that's the feeling. And, if suddenly, while waiting for the luggage to come out from the luggage reclaim, i always hope that I met someone that I knew to share my journey and I love the feelings when I craved so much on nasi lemak Pak Nasir like no one can understand the feelings and when I forgot to purchased nasi lemak through online reservation and I screwed up because only keeper that left. Oh ho! What the feelings!

The feelings that you have when you see a new place will never replace the journey to reach the place. That's is traveling.

Angkor wat is beautiful I must admit. Wonderful in architecture and brilliant people who design everything in there.

I went to Angkor Wat and Angkor Complex in November 2014, together with nine (my officemate), landed in Siem Reap airport and travel all around, enjoying halal food and very nice local people.

Ok lah.

To be continued...


Liana. 


Tuesday, September 8, 2015

Menanti sebuah Jawaban

Assalamualaikum wbt.

The waiting stage.

While waiting;

1. Uruskan semua urusan administrasi berkaitan penerbangan.
2. Melunaskan hutang piutang. Fuh!
3. Mencari rumah yang cantik untuk dijadikan rumah pertama idaman hati, phewit.
4. Membuat perancangan kehidupan yang harus perlu lebih teliti agar tidak terkecewa di depan hari.
5. Meluangkan lebih masa buat emak ayah tercinta.
6. Menjadi seorang Liana yang lebih baik untuk semua orang disekeliling. The feeling of supplying happiness and kindness to others. InsyaAllah.
7. Things to do yang semakin banyak.

Allah Maha Mengetahui apa yang sedang berlaku. Dan ke arah manakah masa depan tersebut sedang bergerak menuju.

Rabbi Yaasir Waala Tuaasir.

Friday, May 1, 2015

Mentari Pagi di Bukit Kluang

Tarikh: 1 Mei 2015
Lokasi: Bukit Kluang, Besut, Terengganu

Cuti hari buruh. Seawal jam 4 pagi, dikejut bangun oleh student-student kesayangan untuk bertemu di kaki bukit Kluang demi mengejar mentari pagi di bukit Kluang. Sungguh ad-hoc!

I was not so fit at that time and the fact that I always hate hiking! haha baru panjat sikit dah hampir pancit, rasa nak terputus nafas. Mujur ada student yang sudi menunggu dan memberikan semangat untuk meneruskan pendakian. 

And finally, for this amazing view! Subhanallah. 

Thanks korang!




Student-student SAP yang sungguh energetic. Rindunya dekat korang semua. 


Sekian. 

Liana Raja Omar
Pasir Puteh, Kelantan. 


Monday, April 6, 2015

Rejection Timeline

I see rejection as a point of no return. It insert bitterness and dissatisfy motion in human heart. No one will love the feeling of rejection. I am now in the position of finding a balance between losing hope and struggle till the last buzzer sound. It's indeed so challenging and jeopardize harmony in my daily routine. I don't feel good at all time. My brain is processing so fast to ensure that I should be able to generalize everything and keep moving on. I apply so many university, even the unpopular one. Sending emails here and there. Browsing and communicating at all time and it end up of waiting and stuck in the boredom. Oh Allah, i seek for the strength from You. I have only You in the running of this high pressure event. Not only me, all of us.

I'll keep all of the storyline just to remind me of how struggle i am to get a place to further my PhD.

I thanked those who support me. Those who always remind me to keep moving on and don't stop.

I should continue walking and moving.
and don't ever giving up.

InsyaAllah.


Wednesday, April 1, 2015

Tamat is Tamat

TAMAT IS TAMAT

No nice meaning in it. Unpredictable future. 
Imbalance of emotion. Lots of confusion.
No one is going to write the real story.
We're down to the maximum negative pressure.
Oh Allah, in this down and fall,
I seek a great strength from You so
I would see the light at the end of every tunnel. 

I hope there will be ONE university that will accept me
the way I am and give me the offer letter. 

Simple je kan. 


Tuesday, March 31, 2015

Dalam Kebanyakan Kecewa

Last week,

I was in rush for many things. Telah berlaku beberapa siri kejadian yang memerlukan titik focus ditumpukan sepenuhnya. Ada kes pelajar yang memerlukan rawatan dan perhatian sementara keluarga beliau datang mengambilnya untuk dibawa pulang untuk rawatan yang lebih bagus. The case ended up with so many lesson that i have learned. Thank you Allah for choosing me to do good deed and make me sabr along the process.

In the mean time, I received an email. The important one and not a good one for now though it may be a good one for the future. Gulp! Rasa kelabu pemandangan kiri dan kanan, seperti mahu menjerit dan teriak ke satu alam untuk mengkasi tahu bahawa berita buruk tersebut adalah sesuatu yang sangat tidak diingini pada ketika itu.

"We have declined the application of your................"

Allahuakbar.

Never thought of it. Erm. I have to struggle more and again to get a new one. To get a placement in a better university that can fit me. Erm. Nangis lapan baldi T___________________T.

Time is indeed running out. To the Owner of time, i pray day and night for the smooth journey of my PhD. I know its not going to be a smooth one but i hope i make it at the end of the day.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wednesday, February 25, 2015

Ingatan Di Kembalikan Semula

Bismillahirrahmanirrahim.

25022015

Sesungguhnya, ingatan aku tentang wujudnya blog ini telah diambil pergi selama dua tahun. Melihat kepada posting terakhir, it was 2012 and i was like, huh???

Rupanya aku telah lupa bahawa aku pernah memiliki produksi mimpi ini. Wallaweii,.. hilang ingatan tahap serius ney. Apakah yang telah berlaku selama dua tahun ini? Allahuakbar.

Aku sebetulnya punya rasa mahu menulis yang sangat menebal dalam diri pada ketika ini. Sementelahan lagi, aku sewajibnya telah usai menulis proposal PhD ku tetapi sampai saat ini masih belum selesai tak tahulah apa masalah yang susah betul nak menulis. Allahurabbi.

Makanya, aku doakan semoga ini menjadi titik permulaan yang membuka lembaran baru dalam kerjaya penulisanku. Ya, antara sifat kerjaya hakikiku adalah menulis. Menulis dan mengubah dunia melalui penulisan. Itulah yang sewajarnya sedang aku kerjakan. Subhanallah. Maha suci Allah, Pemilik segala Ilmu Pengetahuan yang ada dilangit dan dibumi.

Semoga diberikan kelancaran bagi sesuatu yang aku usahakan untuk hasil yang bermanfaat kepada sekalian alam. Jazakallah.

Ayuh, lengkapkan penulisan, cemerlangkan pemikiran.