Saturday, July 30, 2011

unplanned trip

Dengan tidak sengaja dan sangat tiba-tiba,
aku berangan mahu menjadi 'traveller writer'
Memang serupa gila poyos punya cita-cita
Tapi tidak mengapa, layankan aje.

Singapore.
Yes, Singapore.

Lupakan seketika kisah bola sepak
yang meremukkan harapan negara tu.

Siap sedia dengan budget, research mengenai setiap ceruk tempat
di Kota Singa (maklumlah tak pernah pegi kan !), aku pun dengan
nekadnya, buat keputusan untuk ke sana (pulak tu menjelang
Ramadhan yang mulia kan ~ adoyai)

Kind of tak logik jugak.
Tapi aku ada reason sendiri yang tak perlu nak explain kat semua orang.
Yang penting ..... yakin dan redah jer !
Semoga Allah melindungi.. Amin.

 * * * * * * *

Tapi, aku pergi dalam keadaan yang budget gila.
Like seriously.
Tapi, xpelah. Aku bersyukur atas rezeki dan peluang yang Allah bagi
untuk melihat satu lagi daerah hamparan bumi ciptaanNya
Untuk aku belajar dan menginsafi !

* Tak de camera best
* Tak de kasut best
* Segala benda macam limited gila.

Tapi takpelah, baik ada daripada takde langsong.
Dan mesti lah semua ini berhikmah
Dan Allah mahu aku mempelajari sesuatu.
InsyaAllah... Amin.

Wednesday, July 27, 2011

Sensitip

Bila datang satu krisis,
Menuding siapa betul, siapa salah
Hanya akan mengeruhkan keadaan je.

Sebab masa tu, rasional dah kurang.
Makanya, kami ambik jalan keluar
Dua-dua kena berdiam, dua-dua kena bertenang
Bila dah waras balik nanti, baru cakap balik
Dan boleh sambung gelak bersama, semula.

Tak de you pun, I hidup je.
Takde I pun, you hidup je.

Ok bai. 

# Ini kisah dua orang sahabat baik yang kerjanya hanya bercakaran.

Tuesday, July 26, 2011

UMK

Interview dengan UMK adalah simple giler
dan sekejap giler.

Yang interview tu bukan calang-calang orang.
Ada NC, ada Dr, ada Prof ~ empat orang semuanya.
Dan aku adalah antara 5 orang yang terakhir daripada
30 orang yang dipanggil interview untuk macam-macam fakulti.

Serius ah nerves !

Tapi, sekarang dah tak nerves. Eh, nerves jugak tunggu keputusan.
Dengar-dengar cite, keputusan dia dalam masa dua minggu.
Tawakkal je lah aku.
Malas nak fikir lebih-lebih. Dapat tak dapat dah kira lain cite.
Yang penting aku pergi jugak interview tu walaupun
aku konon-konon meroyan tak nak pergi awal-awalnya.

Sekarang ni benda yang lebih mencuak kan adalah
Sekiranya aku dapat kerja dengan UMK tu......
 .
.
.
.
.

Aku kena prepare untuk sambung belajar lagi.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!
Tak bersedianya !

Tapi kalau tak dapat, aku akan kerja dengan opis aku
yang sekarang ni sampai lah dah takde jodoh aku kat sini. Chewah !
Aku pun dah selesa kat sini, dah sayang dengan opismate kat sini.
dah selesa dengan housemate chenta hati,
dah biasa pergi keja naik turun lrt
dah mesra dengan Kuala Lumpur !

 Housemate ~ The siblings

okey - okey - okey
Tak nak fikir lagi dah !
Cuak siot ~

sebab,

PhD tu susah tahu tak !
T___________T
* Nangis lapan baldi *

Sunday, July 24, 2011

Dasar Penipu Satu Malaysia

5 bulan lepas dekat Melaka, aku dengan adik singgah di Pusat Rawatan Rambut dan Kulit Kepala yang konon-konon terkenal di Malaysia ni. Masa tu adik nak kahwin, dia pun teringin lah nak ushar apa-apa rawatan yang best menjelang hari bahagianya. Disebabkan masa tu dah lewat, kami nak consult pun dah tak sempat, so aku dengan adik tinggalkan no telefon. Kiranya, teringin juga lah nak tahu kalau-kalau ada masalah kulit kepala ke apa. Kami plan nak datang hari lain.

Tapi bila balik rumah dan fikir punya fikir, sebab ada jugak orang cakap Pusat tersebut tak elok, rawatan dia pun tak bagus, so kami lupakan je niat nak pegi consultation tu. Pada tarikh yang dijanjikan, Pusat tersebut call aku dengan adik untuk attend consultation dengan diaorang. Tapi, kami bagitau yang kami tak dapat datang dan tak berminat.

Masa berlalu. Adik pun dah selamat dengan majlis kahwinnya. 
Dalam masa 5 bulan tersebut, Pusat tersebut memang tak putus asa, boleh dikatakan setiap bulan atau 2 minggu sekali mesti call nak pujuk kami untuk attend consultation dengan mereka. Oh, memang kaw-kaw punya marketing strategy lah kan. Sekali dapat contact, memang sampai ke lobang cacing lah mereka ni cari. Call jugak Call jugak walaupun dah bagitahu tak berminat. Haiya !

Satu hari, bila Pusat ni call aku, aku pun fikir okey lah macam kesian pulak minah ni asyik call aku. Sebab aku fikir consultation je pun. At least aku boleh jugak tahu kalau-kalau ada masalah kulit kepala yang aku tak tahu ke apa kan. So, disebabkan macam banyak je masa terluang, aku pun buatlah appointment dengan Pusat ni. 

Tapi aku nak cakap ye kat sini :

AKU TANYA MINAH TU BANYAK KALI SAMADA ADA BAYARAN KE TAK DURING FIRST CONSULTATION ? ADA PRODUCT KENA BELI TAK KALAU AKU PEGI ? AKU CAKAP SIAP-SIAP AKU MEMANG TAK DE DUIT KALAU KENA CHARGE UNTUK APA-APA KOS. 

Dan Minah tu cakap banyak kali jugak, TAK ADE MAA, SEMUA FREE OOO. Siap cakap, dapat tonic percuma ke apa tah.

Okeh. Aku pun dengan yakinnya, pada suatu hari yang indah, pergi lah ke Pusat tersebut. During consultation, aku tanya lagi banyak-banyak kali, ada bayaran apa-apa tak untuk consultation atau rawatan awal atau apa-apa charge yang tersembunyi. 

Dan macam biasa, mereka cakap TAKDE. 

Lepas consultation, dia cuci rambut, buat rawatan herba dan sebagainya. Memang best I tell you ! Dah lah pompuan cantik yang handle aku masa tuh. Nasib lah aku ni pompuan straight kan. 

Kemudian, bila selesai semua. Minah tersebut bercakap :

Pusat : Okey, kita dah selesai rawatan awal. So, you mesti ada bawak duit sikit la kan untuk produk yang you akan guna ni. You tak boleh biar lama ooo. You kena terus buat rawatan bila balik nanti. 

KAPLA HOTS HANG LA KAN !

 Aku : Tapi tadi you kata takde apa-apa charge.

Pusat : Consultation memang free, rawatan tadi pun free. Tapi you kena lah bayar untuk produk yang kita akan bagi ni. You tak boleh tunggu lama, penting maa. Jumlah semua ENAM RATUS ENAM PULUH MYR.

Aku Insist. Mula naik darah. Kalau aku ni jenis manusia panas baran, memang kena makan maki free lah Pusat tersebut. Tapi aku ni jenis yang tak pandai nak marah. Aku putar alam lah dengan dorang cakap aku nak kejar flight malam ni, balik kampung, cakap duit tak bawak pagi tadi terbawak handbag lain dan macam-macam alasan lah selagi boleh. Semua aku tibai.

Mereka mintak ATM card aku. 

KEPALA HOTAK DIA SEKALI LAGI !!

Aku cakap aku tak bawak atm card and so on. 

Macam-macam cara lah dia nak suruh aku bayar, siap nak ikut aku balik rumah ambik atm card and pegi bank cucuk duit dan sebagainya lah !

OH MEMANG MELAMPAU BETUL KAYU API NERAKA NIH !

Aku insist. Aku menolak. Aku letak RM50. Lepas tuh aku blah.  Dalam hati memang sumpah seranah habis-habisan. Memang benda ni jadi iktibar untuk aku. Aku tahu mereka akan cari aku lagi sampai ke lubang cacing. Kau tipu aku, aku tipu kau balik.

Taubat. 
Serius aku tak nak buat kerja gila macam ni lagi. 

Ya Allah. serius aku serik. Insaf. Insaf. Insaf.


Wednesday, July 20, 2011

I need a camera

Yes,
I need a camera, like seriously. Sejak kecil lagi memang sudah ditakdirkan menjadi photogenik (wut the haha ??) Tapi emak memang mengakui bahawa sejarah hidup the only anak yang tak kahwin lagi ni, memang tidak boleh lari dari posing depan kamera ! Harap muka tidak komersil malah jauh sekali nak menepati standard Siti Nurhaliza, kalau tidak, nah, dalam sebulan je sepuluh magazine aku jadi cover girl yaw !

Oke Fine !

dslr ?
Belum mampu lagi. Dulu semedang je rembat abang punya. Sekarang abang sudah jauh dari mata. Kena fikir macam mana nak ada dslr sendiri. Berjimat cermat kata kau ? Itu lah perkara paling sukar dalam hidup aku. Lebih sukar dari cari parking depan bank waktu peak hours. You got me ?

 
Oh.

Dslr bukan benda pelik lagi. Ia adalah benda yang sangat common. Cuma agak renyah nak mengusung ke sana ke mari sebab dia berat. Lagi tension kalau time shopping bawak dslr, memang silap besar !

Okeh. Ni macam permulaan untuk blogging. Nanti sambung lagi.
Okey bye.