3rd January 2018
Eiffel Tower at night. Kota cinta yang kami datangi dengan penuh rasa cinta. Membawa cinta yang terlalu baru bersemi, asimilasi dari rasa sayang sahabat baik kepada rasa cinta suami dan isteri. Syukur Allah permudahkan semuanya. Dan tidak pernah terfikir akan menikmati bulan madu berdua di Kota cinta ini. Alhamdulillah.
Ini merupakan antara foto-foto terakhir yang sempat saya snap sebelum Iphone 6s tersebut terus menamatkan fungsi. So sad.
This is one of my favorite photo. Sarung tangan yang kami pakai adakalanya tidak mampu menahan suhu Paris yang sangat sejuk. Sekadar melayan pandangan malam kota Paris yang digilai ramai dan setelah itu kami beransur pulang ke hotel menggunakan perkhidmatan Metro membelah lautan manusia yang masih aktif di kota Paris ini. Ya, malam masih muda.
Sekian.
Faiz Liana
Paris, Perancis.