Tuesday, January 3, 2017

Eiffel Tower at Night

3rd January 2018

Eiffel Tower at night. Kota cinta yang kami datangi dengan penuh rasa cinta. Membawa cinta yang terlalu baru bersemi, asimilasi dari rasa sayang sahabat baik kepada rasa cinta suami dan isteri. Syukur Allah permudahkan semuanya. Dan tidak pernah terfikir akan menikmati bulan madu berdua di Kota cinta ini. Alhamdulillah. 

Ini merupakan antara foto-foto terakhir yang sempat saya snap sebelum Iphone 6s tersebut terus menamatkan fungsi. So sad. 

This is one of my favorite photo. Sarung tangan yang kami pakai adakalanya tidak mampu menahan suhu Paris yang sangat sejuk. Sekadar melayan pandangan malam kota Paris yang digilai ramai dan setelah itu kami beransur pulang ke hotel menggunakan perkhidmatan Metro membelah lautan manusia yang masih aktif di kota Paris ini. Ya, malam masih muda. 





Sekian. 

Faiz Liana
Paris, Perancis. 



Sunday, January 1, 2017

Brussels - Biryani paling sedap di Eropah

1st January 2017
New Year in Brussels

Menurut Odi, ini nasi biryani paling sedap di Europe. Nama kedai ni Royal Fast Food, serve mainly Turkish and Indian menu. Perjalanan panjang dari Eindhoven ke Brussels sesungguhnya membuatkan kami lapar selapar-laparnya. Kedai ni kecik je. Terletak dekat the city centre of Brussels. Tak susah pun nak cari. 

Alhamdulillah, memang sedap sungguh biryani nya. Lebih-lebih lagi biryani kambing. Fuh. Kalau nak tahu biryani ni yang paling sedap dekat Europe ke tak, kena lah pusing Europe bagi habis dulu ye dak?  Hehe




Sedap wa cakap lu. Dengan sejuk nya. Pekena pulak teh panas. Harganya tak mahal pun. Dalam 5-7 euro kalau tak silap. Portionnya banyak juga. Memang puas hati. 

Must try!

Sekian. 

Faiz Liana
Brussels, Belgium
#honeymoonkeuols