Saturday, December 10, 2016

Hantaran dan Kasih Sayang

Assalamualaikum wbt. Salam kasih sayang.

Makanan dan manisan menjadi keutamaan dalam menetapkan barang-barang hantaran kami. Dari awal lagi, saya menolak untuk diberikan hantaran handbag atau kasut mahupun barang kemas. Cukuplah saling bertukar makanan dan manisan untuk sama dirasai oleh seisi keluarga. 

Bunga-bunga segar menghiasi dulang hantaran merupakan hadiah khas dari dua orang sahabat baik saya, Liza dan Akmal. Manakala barang-barang hantaran sebahagiannya juga adalah dari sumbangan rakan-rakan HSS dan ahli keluarga. Allahu. Saya akan kenang ini semua hingga ke akhir hayat. Bertungkus lumus mereka membantu memastikan majlis saya berjalan lancar. 










Ini daripada pihak saya kepada Faiz. Yang daripada Faiz kepada saya, takde pulak gambarnya. Apapun semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. 

Kenapa makanan dan manisan?

Saya berpendapat, hantaran ni sebaiknya dibahagikan kepada sesama ahli keluarga yang dah banyak membantu majlis kita. Lagipun perkahwinan bukan sahaja menyatukan suami dan isterinya tetapi kedua-dua keluarga juga kan? 

InshaAllah, selepas kahwin suami masih boleh belikan handbag dan kasut untuk isterinya kan? haha

Sekian. 


Faiz dan Liana
Pasir Puteh, Kelantan 


Married to Faiz

Assalamualaikum and Heiya (Glasgow style).

Quite sometimes. But i come back to include one of the most important events in my life, my wedding. Alhamdulillah, i am married to my BFF, Faiz on 10th December 2016.


#faizliana

Syukur. Alhamdulillah. Everything went well for both side in Kelantan and Kedah. We have the chance to meet family and friends from all over the country, even one of my student in Vietnam managed to attend. We were so happy and still counting my blessing. Syukur. We were busy with many things. I have a very short time in Malaysia and husband need to comply with lots of work before we went for our honeymoon vacation. Alhamdulillah. 

I am a wife now. Everything is so different. But i hope everything will be fine. InshaAllah. Have faith. Allah with us. 


Wednesday, September 28, 2016

Kembara: Switzerland (Swiss Alps) - 2016

Assalamualaikum wbt.

Swiss merupakan antara negara paling cantik dan paling mahal yang penah saya lawati. Jika anda diberi Allah peluang untuk menjejakkan kaki ke negara Switzerland ini, pasti saja 'Subhanallah' tak akan pernah lekang dari bibir anda. Subhanallah, cantik sungguh!

Peluang melawat Switzerland sepanjang 3 tahun berada di UK pasti saja tidak akan saya lepaskan. Jauh perjalanan, luas pemandangan gituu. Berikut saya kongsikan pengalaman tidak seberapa saya mengembara ke negara Switzerland buat pertama kalinya. Dimulai dengan ringkasan perjalanan, photos yang menarik dan juga sedikit captions. 


Flights Details

22 Sept. 2016 [Glasgow (GLA) - London Luton (LTN)] - Easy Jet
23 Sept. 2016 [London Luton (LTN) - Geneva (GVA)] - Easy Jet

27 Sept. 2016 [Geneva (GVA) - London Gatwick (LGW)] - Easy Jet
28 Sept. 2016 [London Stansted (STN) - Glasgow (GLA)] - Ryan Air

* Saya dapat return airfare dari London ke Geneva berharga GBP 44. Consider murah la jugak. Cuma tiket Glasgow - London - Glasgow pulak mahal sikit sebab booking lambat. Selalunya kalau bernasib baik boleh dapat tiket lagi murah dari yang ni.


Pinned Locations

  1. Geneva
  2. Zurich
  3. Olten
  4. Bern
  5. Lucern
  6. Interlaken
  7. Beatenberg
  8. Lauterbrunnen - Jungfrau Mountain (Top of Europe) 
  9. Grindelwald
  10. Zermatt - Matterhorn Mountain

Accommodation

Airbnb - Modern Studio With Breathtaking Views, Beatenberg, Canton of Bern. 
Harga: RM1918 - 4 hari 3 malam - untuk dua orang (First night, I stayed with my friend in Olten). 
Highly recommended. I gave them 10/10. 

*Saya pilih Airbnb sebab nak rasa stay dekat rumah warga tempatan dan senang nak masak. Anda boleh buat comparison harga mana yang lebih better samada Airbnb ataupun hotel. Tanya lah Trivago. Hihi


Ground Transportations

Swiss dan train berpisah tiada. Transportation system dia adalah sangat efficient. Sangat! Oleh itu, untuk melata di bumi Switzerland, lebih-lebih lagi kalau anda stay 3 hari dan ke atas, Swiss Pass je lah jawapannya. Boleh rujuk Swiss Rail Passes atau Swiss Travel Pass. Serius cakap, kalau nak main semberono, beli individual ticket tanpa Swiss Pass ni, harganya adalah sangat mahal. Tak percaya, try lah. Tapi kalau anda cuma stay sehari dua, mungkin boleh guna individual ticket. Pape hal, rujuklah website tersebut okay. 

Tapi serius, train ride dekat Swiss ni memang sangat superb! 


Lagi?

Anda tak perlu visa untuk ke Swiss. Bawak 'buku merah kebanggaan Malaysia jer'. Cukuplah isi visa on arrival (arrival card), dan beratur di bahagian Non-Eu bila tiba di Imigresen. Currency utama - Swiss Franc (CHF), tetapi matawang Euro juga diterima. Dari segi bahasa, jangan risau. Kalau anda tak berapa fasih bahasa Inggeris, ketahuilah betapa banyak lagi manusia yang tak pandai cakap English dekat sana. Haha So pandai-pandailah guna bahasa ayam itik dekat sana. Janji maksudnya sampai. Kadang-kadang handphone akan cepat mati bila dekat negara sejuk ni. Jadi, kena sediakan power bank yang power ataupun tak payah lah guna internet bila tak perlu. 


Makanan? 

Dari segi makanan, one plate of dishes berharga sekitar 20 CHF sepinggan. Kalau pergi ke area yang high tourist, harga sepinggan makanan yang minimum boleh pegi sampai 30 CHF, contohnya Zermatt. Interestingly, dekat Jungfrau mountain ada makanan halal dekat cafe dia. Baca betul-betul sign halal tu sebab kita mungkin tak perasan. Lagi satu, kebanyakan pasaraya ada bahagian Asean food. Vegetarian nasi goreng pun ada dekat frozen food. Tinggal masuk microwave je. So kalau tak jumpa tanda halal, anda boleh alternatively cari makanan yang 'suitable for vegetarian/vegan asalkan takde alcohol. Saya pernah jumpa Mamee, made in Malaysia dekat Grindelwald. Hehe 


Sabun Taharah (sabun samak) 
Kalau anda stay dekat Airbnb, anda boleh samak dulu pinggan mangkuk periuk kuali sudu garfunya dan gunakan lah tanpa was-was untuk memasak.  


Mahal?

Yes. Segala-galanya mahal tentang Swiss ni. Tapi kita kena sentiasa ingat, bukan sebab kita ada duit kita boleh pergi Swiss. Tapi sebab Allah izinkan. Jadi, kena plan betul-betul. InshaAllah okey je tu nanti. 

Sekarang, masanya untuk photo. Semoga terinspirasi! 
Hehehe


Penginapan


Our lodging at Beatenberg area.
Dari penginapan ni, kami akan naik bus ke stesen train di Interlaken untuk ke mana-mana. 


Toiletnya yang sangat bersih


Dining Area 


Living hall and sofa bed for me. So comfy. 


Zurich






Bern (Capital city of Switzerland) 




Lucern







Aiyok!
Disebabkan Iphone saya jatuh dalam toilet bowl semasa di Paris, banyak gambar di Swiss Alps yang tak sempat diselamatkan. Waktu saya tulis article ni baru saya sedar. Haih. Sorry okay. 

Swiss Alps 





Sekian dulu tentang Swiss. Ada masa inshaAllah saya kongsikan lagi dari masa ke semasa.

Must visit!

Semoga anda semua pun ada rezeki untuk ke sana. Allahummamin.


Liana.
Glasgow, United Kingdom.







Wednesday, September 14, 2016

#KitchenLiana - New tableware and Egg Rack

By the carboot.

Kunjungan ke Carboot minggu lalu menyaksikan banyak barang-barang menarik dan peristiwa yang menarik juga. Yang paling mempuaskan hati adalah the Egg Rack;


1£ - Satu Pound je okay!

It still in a very good condition. Mungkin hadiah Krismas yang diaorang dah tak nak atau apa-apa je lah malas pulak nak fikir . Haha apa pun, ini antara item yang memang buat drooling eyes until now. Bukan drooling eyes sebab harga dia ke apa, sebab standard ah harga barang carboot 50 sen ke singgit tu, tapi sebab tak pernah jumpa egg rack dan tak tahu pun wujud egg rack yang bukan sahaja cantek, malah berkualiti tinggi sebab dia adalah besi yang berat. 

Next

Green. Pun masih dalam condition yang baik. Ini semua termasuk 4 biji mangkuk tiada dalam gambar juga keseluruhannya hanya 1£. Amazing sangat! Tapi cuma tinggal a set of 4. Walaupun bercadang nak set yang lebih banyak biasalah I kan suka tetamu ramai-ramai datang rumah, tapi takpe. Kalau ada tetamu yang jumlah nya ini, there you go. Keluarlah bangsa hijau ni nanti. 

Sebenarnya lebih suka tableware yang plain, to be exact, white in color, tapi yang warna hijau ni sangat menarik pulak. Nampak sangat vintage. 

Sekian laporan carboot minggu ini. Ada few item menarik juga tapi inshaAllah, kita cerita lain kali ya. Cuma lepas ni kalau pegi carboot kena set masa betul2. 

Okay, itu sahaja. 

Sekian. 

Liana, Glasgow. 

Tuesday, September 13, 2016

Eiduladha di Glasgow Darul Gloomy

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh.

12 September 2016

Eiduladha di Glasgow.

Ini bukan Eiduladha pertama jauh dari emak ayah. Sudah pernah beberapa kali. Cuma yang ini yang paling jaaaauhhh. Perasaan sedih tak balik beraya tu memang tak de la sangat. Sebab dah tua dah pun tak yah nak sedih sedih lagi. Acara wajib iaitu bergayutan telefon bersama emak ayah, berbalas ucapan selamat hari raya itu masih lagi menjadi rutin.

Tak masak apa-apa pun untuk raya. Sekadar memenuhi undangan open house rakan-rakan Malaysian yang baik hati dan pandai masak. Sempat buat photoshoot raya di hadapan George Square dan sempat jugak masuk ke ofis untuk melangsaikan serba sedikit tugasan.


Bersama adik-adik dan semestinya masih raaaaaamai lagi warga Malaysia di Glasgow ni. So takde la sedih sangat. Photo taken after Solat Sunat Eiduladha at The Sumsa. 


Syukur. 
Pernah mengimpikan begini suatu ketika dahulu, dan Allah Yang Maha Mengerti dan Maha Mengasihi telah menjadikan semua ini realiti. Subhanallah. Segala puji buatMu Ya Allah. 


Sekian. 
Catatan Eiduladha

Glasgow City Centre
Scotland. 




Friday, September 9, 2016

Seindah Barakah Arafah

Imbas kembali,
Hari Arafah setahun yang lepas,

Di rumah ayah bonda. Sedang gelisah dengan banyak perkara. Syukur diperingatkan tentang hari Arafah, tentang puasa dan mustajabnya doa. Dan pada malam itu, ingatan yang tersangat kuat tiba-tiba muncul terhadap sahabat baik yang sedang menunaikan haji pada waktu itu, lalu di hantar whatsapp segera bertanyakan masih bersisakah waktu mustajab doa. Gelisah hati mendambakan bantuan doa dari orang sekeliling terlalu mengasak... hanya Allah sahaja yang tahu.

Me: You, dah maghrib kat sana? Sempat lagi tak I nak kirim doa?
You: Sempat, masih Asar lagi.

Lalu dikarangkan doa nan panjang, penuh pengharapan untuk dibacakan oleh sahabat baik yang sedang menunggu terbenamnya matahari Arafah pada hari tersebut.

I mungkin lupa setepatnya isi kandungan doa tersebut, tapi Allah Yang Maha Kaya itu telah menjawabnya dengan tepat sekali. Bukan hanya doa, tetapi sang pembaca doa itu juga lah merupakan jawapan kepada doa yang dimohon tadi. Subhanallah.


“Mintalah kepada TuhanMu. Sesungguhnya Dia Maha Memakbulkan doa”

Dan sesungguhnya tiada nikmatMu yang mahu aku dustakan. 

Semoga anugerah dan nikmat ini kita jaga sebaik-baiknya. IshaAllah. 

Wednesday, September 7, 2016

Ireland : Belfast and Dublin - 4D3N

Belfast & Dublin 

Tarikh: 30 Ogos - 1 September 2016
Arlines: Ryan Air
Return Airfare: 9.90 GBP + 9.90 EURO (Very cheap!)
Local Car Rental: Kita tempah melalui Ryan Air (tapi tak digalakkan, sila booking terus dari pusat sewa kereta, banyak pulak hidden charge dia, ergh - dan make sure credit card kita ada banyak kredit kat dalam dia paling kurang pun mesti ada 1500 Euro++, kalau tak de yang ni memang akan menyusahkan kehidupan)
Lodging: We booked through Airbnb 
Night 1: The Annex (Cookstown, Norther Ireland) 
Night 2: Bright Cosy & Comfortable Rooms (Cratloe, Clare, Ireland)
Camaraderie: Yus, Kak Mun dan Intan

Dublin trip was really an escaped from apa pun tak tahu lah. Memanjang je declare escape vacation padahal vacation tidak diperlukan pun. Yang diperlukan adalah kesungguhan bekerja. Like seriously serious.

Anyway, the trip was awesome, we'd enjoyed every bit, and i really loves all photos that i have captured during the trip. Awesomeness. Iphone ni memang boleh diharap juga untuk menghasilkan gambar yang super lawa. Tapi setelah di transfer ke sana sini, quality dia macam drop pulak. Nasib la nak.

Okay let's enjoy the photos.


Queen's University at Belfast. Okay, semua orang tahu kan Belfast ni part of UK walaupun dia Northern Ireland dan Northern Ireland adalah UK bukan Ireland ya. Tak faham apa tujuan yang boleh sampai ke universiti ni tapi at least dorang ada interesting building. I kan obses sikit dengan bangunan. 


Tak pasti apa function dia tapi probably tempat duduk duduk yang dikasi menarik. Masih di Queen's University.


Belfast Botanic Garden and Palm House - Taman ni dorang consider as part of attraction in Belfast. Located next or inside the Queen's University. Very nice and yang paling penting ada orang jual ice cream. Haha


Belfast Castle
Menariknya sebab tak yah bayar nak masuk ke Castle ni. Eh ke kena bayar tah. Sebab kami sampai lewat so yang bahagian dalam tu dah tutup ke cemana tah, so kitaorang pilih untuk berlegar legar di luar sahaja and you can see Belfast from this Castle. Semua orang tahu kan yang kebanyakan Castle dekat UK ni ada entrance fee kecuali pada hari-hari tertentu contohnya hari yang disebut St. Andrew. Oh ya, Castle ni ada banyak replika kucing. Tak pasti pulak kenapa. Mybe istana kucing kot. 


 The Giant Causeway - Okay yang ni memang menarik dan menakjubkan. Kitaorang jenuh fikir macam mana batu batu tu boleh jadi bentuk hexagon ke apa gon tah. Puji-pujian buat Allah yang Menciptakan Hamparan di bumi yang secantik ini. Yang ni memang must visit. Siapa dah sampai Belfast jangan tak pergi ke sini okay, Sebab memang magnificent view. Kalau cuaca cantek, boleh tengok terbenamnya mentari. Subhanallah, cantek sangat. 






The Annex, Cookstown, Northern Ireland - Rumah pertama ni memang best, bersih dan sangat selesa. After long hours of journey, dapat pulak rumah yang best, memang syiok. Tidur lena je. Bangun pun lambat. Wakakaka. Pagi tu Kak Mun dan Intan buat spegatti goreng yang sangat sedap. Dan off we go to Galway pulak.

Memandangkan kami berada di luar UK, so internet data takde dan tak boleh nak guna Google Maps. So kitaorang rely on maps.me yang mana maps dia ni boleh guna untuk offline. So far reliable jugak. Tapi tahap reliable dia tu kadang-kadang dia bawak sampai ke semua kebun orang. Haha pening kitaorang dibuatnya. Tapi serius ah, daripada Cookstown ke Galway ni memang jauh gila. Terbosan-bosan dibuatnya berada di dalam kereta.


 Galway at its best. Tenang je Galway ni, aman damai je dan boleh terserempak beberapa Malaysian beberapa kali. Lepas tu macam banyak kelihatan kedai-kedai yang ala-ala Pakistan dan India. So kami agak, pasti la dilengkapi dengan makanan asian paling tidak pun. We spent more than 2 hours in Galway before move to next penginapan di Clare. Nak keluar dari Galway ni ambik masa jugak sebab dah petang dan jemmm. 


Fish and Chips. The best in town. Tapi ikan Code dan Hake dia memang thorbaik. Galway, Ireland.


The Cliff of Moher - Amazing! Tempat ni memang national park so ada fees, kalau tak silap around 4 euro. Kitaorang tak explore semua sebab dah lambat dan tempat ni besar. Diyakini lebih puas hati kalau dapat jalan from end to end. Sebenarnya i distracted dengan tempat ni sebab dia ada wifi, lalu bergayutan handphone bersama fiance sambil menikmati keindahan The Cliffs. Takpe fiance, we will come to this place as husband and wife nanti sebab tiket pun dah beli. Haha


Our second house. Takde nama yang specific tapi mereka menggelarkan rumah mereka as 'Cosy and Comfortable Rooms' located at Cratloe, Clare, Ireland. A very welcoming host. Sangat peramah siap buatkan teh untuk kami malam tu padahal tak payah pun kami boleh buat sendiri. Rumah ni pun best dan sangat organized cuma yang ni kami cuma sewa bilik je. Yang tadi tu the entire house. Host untuk rumah ni bernama Alfi dan isterinya Mary.


Ya. Kildare Village Outlet. Branded outlet kat oversea ni memang boleh diharap harga dia. Terbeli pulak satu Coach. Itupun jenuh mintak permission dari fiance.Kna belajar mendengar cakap bakal suami ni sebab sometimes apa yang dia cakap memang sangat rational dan make sense. Haha


Last but not least, Henry Street in the City of Dublin. Tak sempat explore habis Kota Dublin ni sebab rushing nak ke airport. Kami singgah sini sebab nak beli souvenir. So korang kalau ke Dublin, boleh cari kedai bernama Carolls. Dia ada banyak cawangan. Beli la souvenir banyak banyak kat sini sebab cheaper as compared to other places. There's another shop bernama Green Note. Tapi kami tak jumpa yang ni kat mana, kata orang murah jugak.

Trip Dublin ends here.
Till we meet again ya.

Tadaaaaaa.

Liana.

#Dublin #Belfast #MalaysiainDublin #MalaysianinUK

Thursday, August 18, 2016

Dah boleh Countdown


Assalamualaikum wbt.
  


Ehem

Lima bulan pertunangan and counting. Betapa pantasnya masa yang telah berlalu. Kurang lebih tiga bulan menuju hari pernikahan dan kurang lebih dua tahun untuk menghabiskan pengajian PhD ini. Semoga kedua-duanya berjalan dengan baik, sentiasa dalam kasih sayang Allah dan dipermudahkan. Amin.

Berdebar. 

Debaran yang paling berdebar adalah untuk menyiapkan PhD ini dan graduate on time. I would say ia merupakan satu jalan yang perlukan usaha keras dan fokus yang luar biasa tinggi. Tidak boleh bermain-main seperti biasa, satu perjalanan besar yang sewajarnya mematangkan kehidupan. 

Manakala, perkahwinan pula, satu perjalanan yang dengan izin Allah akan menjadi penguat semangat kepada perjalanan PhD tersebut. Dan semoga perjalanan PhD itu sendiri menjadi asbab yang manis utuhnya rumahtangga yang bakal dibina ini nanti, InshaAllah. 

Menjawab soalan-soalan nakal yang mempertikaikan keputusan untuk menikah sepanjang pengajian ini, hati ini yakin Allah punya hikmah dan reason yang lebih terbaik dari apa yang boleh difikir dan dijustifikasikan oleh diri ini. Ya, Allah yang telah menetapkan ia begini, pasti jalan terbaik untuk ini juga telah siap disusunnya. InshaAllah. 

Persiapan perkahwinan:

Heeeeee. 
So far, Alhamdulillah, setakat ini masih berjalan dengan lancar, of course dengan bantuan ahli keluarga dan teman-teman dan yang utama, Tunang tersayang yang sangat memahami dan sangat membantu. Syukur Syukur Syukur. 

Baiklah. Mari meneruskan kerja. 
Tunggu masa nak submit kerja kepada superduper supervisor MisterK. 

Sekian. 

Glasgow Darul Aman Tenteram
SBS, Uni of Strathclyde, United Kingdom. 

Kejap. 



Tak faham kenapa I ada gambar mata you. Lols. 


Thursday, August 11, 2016

What did you do or planning to do?

The Volunteer Tourism

*This is just a free writing of mine.

Volunteer Tourism is about tourism and volunteering. It is very much on how people spend a part of their traveling time to do voluntary work at any part of the world. To confirm that a person is involve in volunteer tourism is, first you must be a tourist and second you must do volunteering.

There’s no restriction of where should you do the activity but as long as you fit with the definition, you are a volunteer tourist. The motivation of being a volunteer tourist might be different from the motivation of a tourist. A volunteer tourist might have some pre-conception in their mind about how they can be accepted by the work that they are going to contribute. Some will prepare themselves by learning through reading or asking people just to have an idea about how the program will happen. Some will only just go and do voluntary work without knowing anything about the project. My personal concern there should be a problem or constraint in the implementation of volunteer tourism in Malaysia that left unexplored.

In my previous writing, I have included a very small part of the connection between religion and its influence in shaping or determine the success of volunteer tourism, particularly in Malaysia.

That's all for now. 

Will write again next time. 

Thursday, May 12, 2016

Oban, Scotland - The Seafood Trail



Assalamualaikum WBT.


Details;

Date: 12th May 2016 (daytrip)

Transport: We rent a car from Easirent, High street, Glasgow.

Travel companion: Mimi, Izwan dan Sharinah.


So, Oban was my first road trip in Scotland. By car, we can reach Oban from Glasgow in about 2 hours 30 minutes. You can also opt for Scotrail, for the scenic train route from Glasgow Central Station straight to the small town of Oban that will take you about 3 hours


Our first pit stop. Untuk ke toilet dan berhenti rehat. Pemanduan lancar pada hari tersebut. Thanks to Izwan. Snack Stop Cafe ni kira famous gak la sebab kawasan parkingnya luas dan toiletnya bersih. Dikelilingi pine trees dan yeshh sungguh lawa!


Cantik kan. Tu, nampak tak landasan keretapi Scotrail menuju ke Oban. 








Scenic route. Masa ni ambik gambar guna Iphone 6s. Sebelum Iphone tersebut menjadi arwah. Haha Tapi rasanya kalau ambik gambar guna handphone macam mana pun semuanya akan jadi cantek bak hang. So natural!

Okay. Jom tengok lagi. 











Saint Conan's Kirk terletak di Bein Bheir View, Lochawe, Dalmally ni macam abandoned church. Either masih active atau tak, kami pun tak pasti. Tempat ni accidently terjumpa tanpa sengaja. Tak rasa nak masuk ke dalam pun. Cuma melihat-lihat kawasan sekitar je. Kat belakang ni ada sungai yang cantik. 

Okey. Next adalah..yay! dah sampai Oban. 


Eh belum lagi. 


Ok. This is Oban. Small town. Historic. Tenang dan boleh makan seafood. Hehe


Kalau naik train dari Glasgow, akan terus sampai ke sini. Senang je. 



Bandar pelabuhan 

Seafood hunting at Oban

Oban ni memang terkenal dengan seafood. Sesuai dengan lokasinya yang terletak di pinggir laut. Initially, I have no idea how eating seafood in Scotland will be like. I cuma tahu fish & chips je la kalau dekat UK ni yang famous. Rupanya, seafood nya pun not bad!

Okay. So kalau korang nak cari kedai seafood di sekitar Oban, kedai hijau kat bawah ni adalah antara yang recommended. Within walking distance je daripada train station Oban tadi. Kedai dia memang rilex-rilex gitu je. Open sitting and selalu penuh dan kena tunggu turn untuk duduk. Mejanya pun tak banyak. Tapi biasanya, mat saleh tak lepak lama dekat kedai makan macam orang kita. So, takde la tunggu lama pun untuk dapat tempat duduk. 



Berhadapan dengan kedai hijau diatas --> Cruising to Isle of Lewis. InshaAllah, one day!




Fresh Mussle! Cara mat saleh makan, dorang masak dengan garlic and wine. So cara kita masak dengan garlic je pun sodap. Sedapnya la hai. Dah la gemuk-gemuk musselnya. 


Hah, ini dia. Ada macam-macam pakej seafood korang boleh pilih ikut kemahuan dan kemampuan. Harga dia still affordable. Seafood junkie memang akan suka tempat ni. Makan makanan laut ditepi laut katanyer!







Menjelang petang, kami beransur pulang ke Glasgow. Masing-masing kenyang dan puas hati. Di pertengahan jalan, kami berhenti solat di satu kawasan lapang berhadapan bukit bukau, sungai, pokok pine dan berbumbungkan langit. Subhanallah, satu pengalaman baru yang tak pernah saya lalui sebelum ini. 



Menyusuri loch Lomond sepanjang perjalanan pulang, kami sempat singgah di beberapa tempat yang tidak lah diketahui namanya, tetapi tersangatlah cantik menarik wa cakap lu. Hehe









Sekian. 

Demikian berakhirnya cerita panjang mengenai Oban dan my first road trip while in Scotland. Semoga bermanfaat buat semua yang berkesempatan membaca. Have fun reading other entries too!


Lot's of love. 

Liana Raja Omar
Glebe Court, Townhead, Glasgow. 
United Kingdom